KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan ibu bapa supaya meningkatkan kawalan dan pemantauan terhadap anak masing-masing bagi melindungi mereka daripada pelbagai bahaya yang tersembunyi dalam alam siber.
Dr Wan Azizah berkata pada zaman siber kini, kanak-kanak akan sentiasa terdedah kepada bahaya alam siber walaupun mereka tidak keluar dari rumah atau keluar malam.
"jaga kanak-kanak terutama di alam maya kerana mereka adalah golongan rentan. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab dan usaha (melindungi kanak-kanak di alam maya) perlu diberi penekanan dan ditingkatkan.
"Kini komunikasi (bersemuka) kurang. Semuanya di alam maya. Kalau kanak-kanak diam sahaja, bahaya. Kanak-kanak tidak tahu (membezakan) sesuatu yang 'tidak boleh'. Terdapat antun seksual kanak-kanak (Child grooming dan laman web gelap," katanya kepada pemberita ketika hadir pada majlis Townhall Working Together To Enhance Child Protection di HELP University di sini pada Selasa.
Pada majlis itu, Dr Wan Azizah turut menyaksikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menerima memorandum yang ditandatangani 45 pertubuhan sivil termasuk Yayasan Chow Kit bagi menuntut peningkatan perlindungan kanak-kanak di alam siber.
Sementara itu Nancy dalam ucapannya berkata pihaknya akan memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, komuniti dan keluarga dalam mengenal pasti, melaporkan dan menangani kes-kes penyalahgunaan atau penganiayaan kanak-kanak.
"Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa terbuka untuk cadangan idea-idea baharu dan bersesuaian dengan kehendak serta keperluan semasa, kerana perlindungan kanak-kanak merupakan tanggungjawab semua lapisan masyarakat.
"Saya juga menggesa semua pihak untuk bekerjasama dan memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha meningkatkan perkhidmatan perlindungan kanak-kanak di negara kita," katanya.
Menurut Nancy perkhidmatan perlindungan kanak-kanak sentiasa menjadi antara fokus utama kerajaan dalam memastikan kesejahteraan dan hak asasi kanak-kanak di negara ini.
Katanya pendekatan dan tindakan yang perlu diambil untuk menangani masalah penderaan dan pengabaian kanak-kanak mesti seiring dengan keperluan semasa.
Sementara itu menurut kenyataan Yayasan Chow Kit yang diedarkan pada majlis itu matlamat dialog awam yang diadakan hari ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai isu mendesak penderaaan kanak-kanak dalam talian dengan menggalakkan perbincangan awam.
Menurut yayasan itu, program adalah usaha sama pempengaruh media sosial, pendidik, institusi pendidikan dan syarikat komunikasi yang mampu mempengaruhi perubahan perilaku dalam dunia yang semakin saling berhubung secara digital, demikian menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023

Dr Wan Azizah berkata pada zaman siber kini, kanak-kanak akan sentiasa terdedah kepada bahaya alam siber walaupun mereka tidak keluar dari rumah atau keluar malam. - Gambar hiasan
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

Belum temui petunjuk positif, kehilangan Hud Aryan tiada unsur jenayah - Polis
Pencarian diteruskan dengan bantuan dua ekor anjing pengesan K9, melibatkan kawasan seluas tiga kilometer di sungai dan darat.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

Tiga tebusan Israel berada dalam keadaan stabil - Pengarah Hospital
Tiga tebusan telah bertemu semula dengan keluarga masing-masing manakala pemeriksaan kesihatan akan mengambil masa beberapa hari.

Dua lelaki mengaku salah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak
Dua lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di dalam komputer masing-masing.

107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Amalan 'sharenting' buka ruang jenayah dalam talian libatkan kanak-kanak - Fahmi
Amalan 'sharenting' atau amalan menunjuk-nunjuk perkara berkaitan anak-anak oleh segelintir ibu bapa, membuka ruang kepada jenayah dalam talian.

Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.

FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.