KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Hartalega Holdings Bhd melonjak 565 peratus kepada RM2.89 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2021 berbanding RM433.62 juta setahun yang lepas.
Hasil meningkat 129 peratus kepada RM6.69 bilion daripada RM2.92 bilion, terutamanya disumbangkan oleh peningkatan purata harga jualan sarung tangan serta jumlah jualan.
Bagi suku keempat, keuntungan bersih naik 878 peratus kepada RM1.12 bilion daripada RM114.42 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas, manakala hasil menokok 196 peratus kepada RM2.30 bilion daripada RM778.24 juta sebelumnya.
Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, Hartalega berkata, kumpulan itu akan terus mengembangkan kapasitinya di Kompleks Pembuatan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC) di Sepang.
Sehingga kini, enam daripada 10 barisan di Kilang 7 telah beroperasi, dan sebaik beroperasi sepenuhnya, kilang itu akan mengeluarkan kapasiti tahunan sebanyak 2.7 bilion keping.
Selain itu, pembinaan bagi pengembangan akan datang, iaitu NGC 1.5, sedang berjalan dan kumpulan itu menyasarkan untuk memulakan operasi barisan pertamanya pada Disember 2021.
"Rancangan pengembangan NGC 1.5 termasuk tambahan empat kilang pengeluaran, yang akan menyumbang sebanyak 19 bilion keping kapasiti terpasang tahunan.
"Dengan rancangan pengembangan ini, kapasiti terpasang tahunan kumpulan ini dijangka meningkat kepada 63 bilion keping dalam dua hingga tiga tahun akan datang," kata Hartalega.
Sementara itu, kumpulan itu juga telah memeterai perjanjian jual beli bagi pembelian kira-kira 101 hektar tanah di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Pembelian itu menandakan fasa baharu pertumbuhan Hartalega, dengan jumlah pelaburan berjumlah RM7 bilion bagi membina 16 buah kilang pembuatan yang baharu untuk 20 tahun akan datang.
Ditambah dengan pelaburan sebelum ini di Sepang (24 hektar) dan Banting (38 hektar), perolehan ini memungkinkan Hartalega merealisasikan rancangan pertumbuhan kapasitinya untuk mencapai 95 bilion keping menjelang 2027. - BERNAMA
Bernama
Tue May 04 2021
![Untung bersih Hartalega melonjak kepada 2.89 bilion bagi tahun kewangan 2021 Untung bersih Hartalega melonjak kepada 2.89 bilion bagi tahun kewangan 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620115735_hartalega.jpg)
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Hartalega berkata, kumpulan itu akan terus mengembangkan kapasitinya di Kompleks Pembuatan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC) di Sepang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Sektor sarung tangan getah hilang daya tarikan, Maybank IB saran 'jual' saham Hartalega, Kossan Sektor sarung tangan getah hilang daya tarikan, Maybank IB saran 'jual' saham Hartalega, Kossan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623232083_FBREAKINDUSTRICOVID.jpg)
Sektor sarung tangan getah hilang daya tarikan, Maybank IB saran 'jual' saham Hartalega, Kossan
Maybank Investment Bank (IB) Research menyemak turun penarafan bagi sektor tersebut kepada 'negatif' berbanding 'neutral' sebelum ini.
![Saham sarung tangan bantu lonjakkan dagangan di Bursa Malaysia Saham sarung tangan bantu lonjakkan dagangan di Bursa Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620904367_FBREAKINDUSTRICOVID.jpg)
Saham sarung tangan bantu lonjakkan dagangan di Bursa Malaysia
Keuntungan yang diraih oleh Hartalega dan Top Glove membantu Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga petang ini untuk berada di dalam zon positif.
![Untung bersih Hartalega melonjak kepada 2.89 bilion bagi tahun kewangan 2021 Untung bersih Hartalega melonjak kepada 2.89 bilion bagi tahun kewangan 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620115735_hartalega.jpg)
Untung bersih Hartalega melonjak kepada 2.89 bilion bagi tahun kewangan 2021
Untung bersih Hartalega melonjak 565 peratus kepada RM2.89 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2021 berbanding RM433.62 juta setahun yang lepas.
![Pelaburan RM7 bil Hartalega di Bukit Kayu Hitam jadi pemangkin ekonomi negara - Tengku Zafrul Pelaburan RM7 bil Hartalega di Bukit Kayu Hitam jadi pemangkin ekonomi negara - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615354868_TengkuZafrul.jpg)
Pelaburan RM7 bil Hartalega di Bukit Kayu Hitam jadi pemangkin ekonomi negara - Tengku Zafrul
Hartagela rancang bina 16 fasiliti pembuatan sarung tangan getah di Bukit Kayu Hitam dalam 20 tahun, penjanaan 12 ribu pekerjaan baharu
![Modus operandi sindiket penipuan pembekalan sarung tangan didedah Modus operandi sindiket penipuan pembekalan sarung tangan didedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600184711_TBMedicalGlove.jpg)
Modus operandi sindiket penipuan pembekalan sarung tangan didedah
Ia bukan sahaja membabitkan penipuan kecil-kecilan membabitkan pembeli runcit, malah kini skalanya dipercayai semakin besar melalui skim jualan kononnya dari kilang.
![Sarung tangan: Permintaan melebihi kapasiti pengeluaran untuk tiga tahun seterusnya Sarung tangan: Permintaan melebihi kapasiti pengeluaran untuk tiga tahun seterusnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600184711_TBMedicalGlove.jpg)
Sarung tangan: Permintaan melebihi kapasiti pengeluaran untuk tiga tahun seterusnya
Ini berikutan usaha penghasilannya termasuk proses celupan sarung tangan itu akan memakan masa yang panjang.