KUALA LUMPUR: Keuntungan yang diraih oleh Hartalega dan Top Glove membantu Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga petang ini untuk berada di dalam zon positif.
Pada jam 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.6 mata kepada 1,548.31 berbanding 1,544.71 pada penutupan hari sebelumnya.
Indeks utama dibuka 2.32 mata lebih rendah pada 1,542.39 dan berlegar antara 1,541.72 dan 1,549.26 sepanjang sesi urus niaga hari ini.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 510 berbalas 432 manakala 465 kaunter tidak berubah, 814 tidak diniagakan dan 67 yang lain digantung.
Jumlah dagangan mengukuh kepada 4.79 bilion unit bernilai RM2.63 bilion daripada 4.73 bilion unit bernilai RM2.41 bilion semalam.
Menurut ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim, para pelabur mengambil kesempatan daripada kemerosotan semalam untuk melakukan beberapa aktiviti membeli saham murah terutamanya di kaunter sarung tangan getah.
Secara keseluruhan, Indeks Penjagaan Kesihatan Bursa Malaysia meningkat 1.9 peratus.
"Kenaikan dalam indeks turut berlaku walaupun terdapatnya peningkatan kes harian COVID-19 harian yang telah mencecah angka 6,000 hari ini.
"Menariknya, moratorium pembayaran balik yang diadakan semula tidak menyebabkan penjualan besar di bank hari ini kerana ia akan dilakukan melalui kaedah pilihan. Oleh itu, indeks Perkhidmatan Kewangan Bursa Malaysia hanya ditutup lebih rendah sebanyak 0.04 peratus," katanya kepada Bernama.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan moratorium menyeluruh di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Saham berwajaran tinggi, Hartalega naik 19 sen kepada RM7.49, sementara Top Glove dan Sime Darby masing-masing meningkat tujuh sen kepada RM4.30 dan RM2.20.
Press Metal menambah lima sen pada RM4.84 dan IOI enam sen lebih tinggi kepada RM3.81.
Sebaliknya, PetChem turun enam sen kepada RM8.06 dan Genting Malaysia jatuh tujuh sen kepada RM2.79.
Bagi saham aktif, Nestcon yang baharu disenaraikan meningkat empat sen kepada 32 sen, Serba Dinamik turun setengah sen kepada 32 sen dan MMAG naik setengah sen kepada 14 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 32.32 mata kepada 11,249.66, Indeks FBMT 100 menambah 31.27 mata kepada 10,969.24 dan Indeks FBM Emas Syariah naik 60.45 mata kepada 12,307.93.
FBM ACE mengembang 81.90 mata pada 7,077.44 dan FBM 70 mengukuh 64.23 mata kepada 14,537.46.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 5.51 mata kepada 15,151.46, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.38 mata pada 187.33 dan Indeks Perladangan meningkat 38.82 mata kepada 6,469.85.
Jumlah dagangan di pasaran utama meningkat sedikit kepada 3.15 bilion saham bernilai RM2.10 bilion daripada 3.26 bilion saham bernilai RM2.09 bilion pada hari Isnin.
Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 183.35 juta unit bernilai RM20.59 juta daripada 186.30 juta unit bernilai RM14.55 juta.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 1.46 bilion saham bernilai RM507.91 juta daripada 1.29 bilion saham bernilai RM295.27 juta sebelumnya.
Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 483.58 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (685.81 bilion), pembinaan (129.23 juta), teknologi (240.57 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (68.86 juta), hartanah (133.46 juta), perladangan (14.85 juta), REIT (4.12 juta), dana tertutup (2,000), tenaga (1.19 bilion), penjagaan kesihatan (84.09 juta), telekomunikasi dan media (37.50 juta), pengangkutan dan logistik (57.46 juta) dan utiliti (20.25 juta).
- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 29 2021

Keuntungan yang diraih oleh Hartalega dan Top Glove membantu Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga petang ini untuk berada di dalam zon positif. - Gambar hiasan/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Penggunaan sarung tangan di stesen minyak meningkatkan risiko kebakaran
Cuci tangan sebelum dan selepas menggunakan nozel pam minyak, selain sentiasa patuh pada arahan keselamatan.

Sarung tangan: Permintaan melebihi kapasiti pengeluaran untuk tiga tahun seterusnya
Ini berikutan usaha penghasilannya termasuk proses celupan sarung tangan itu akan memakan masa yang panjang.