KUALA LUMPUR: Prospek sektor sarung tangan getah suram meskipun ia pernah menjadi industri paling menguntungkan apabila tercetusnya pandemik COVID-19 di seluruh dunia.
Berikutan prospeknya yang kurang daya tarikan lagi, Maybank Investment Bank (IB) Research menyemak turun penarafan bagi sektor tersebut kepada 'negatif' berbanding 'neutral' sebelum ini.
Malah, penarafan bagi saham syarikat pengeluar sarung tangan getah, Hartalega Holdings Bhd. dan Kossan Rubber Industries Bhd. juga disemak turun kepada 'jual' berbanding 'pegang' sebelum ini.
Tetapi, firma itu mengekalkan saranan 'jual' bagi saham Top Glove Corp Bhd.
"Kami kini menilai pemain industri ini pada -1 bagi standard piawaian (SD) berbanding -0.5 SD sebelum ini.
"Ia juga mencerminkan persaingan daripada pengeluar sarung tangan getah dari China semakin meningkat sekali gus memberi risiko penurunan kepada ASP," katanya dalam nota kajian pada Isnin.
Maybank IB berkata, semakan penarafan bagi Hartalega dan Kossan dibuat setelah mengambil kira perubahan dalam asas penilaian (bagi Kossan) dan anggaran ASP lebih rendah (bagi tahun kewangan 2022 : -45%, 2023 : -21%) yang membawa kepada penurunan antara-1% hingga -76% bagi unjuran pendapatan.
"Bagaimanapun, apa yang positifnya, syarikat pengeluar sarung tangan getah tersenarai mempunyai imbangan tunai yang kukuh dan kos operasi rendah, sekali gus membolehkan mereka boleh bertahan dalam melalui fasa yang kompetitif ini," jelasnya.
ASP bagi sarung tangan getah menurun dengan mendadak dan boleh mencecah paras sebelum pandemik menjelang pertengahan 2022, merosot 42% daripada paras ketika ini.
Sejak Mei hingga Jun tahun ini, pemain industri menunjukan prospek ASP yang lebih lemah. Ia dijangka menyusut antara 8 hingga 10% bagi bulan ke bulan dan kembali ke paras sebelum pandemik pada AS$23 hingga AS$24 per 1,000 keping.
"Lebih memburukkan keadaan adalah isu-isu seperti kadar penggunaan yang lebih rendah dan kos operasi tambahan disebabkan SOP yang ketat serta kekurangan tenaga buruh.
"Dalam hal ini, kami menjangkakan pendapatan yang lebih lemah pada suku-suku akan datang," katanya.
Menurut firma itu lagi, dengan persaingan sengit daripada syarikat China, sektor sarung tangan getah di Malaysia berdepan dengan perubahan struktur dan situasi lebihan bekalan yang mungkin berlanjutan lebih lama berbanding tempoh biasa sekitar 6 hingga 9 bulan.
Katanya, ancaman daripada pengeluar China ini adalah sesuatu yang sukar dielakkan dengan mereka begitu agresif mengembangkan kapasiti hingga boleh menyebabkan lebihan bekalan berterusan sehingga 2023.
Tambahan pula, pengeluar China menjual dengan harga yang lebih menarik di Eropah berbanding firma dari Malaysia.
Menurut pemain industri, pengeluar sarung tangan getah China dijangka menyumbang sebanyak 23% daripada bekalan global pada 2022 berbanding buat masa ini, 16%.
Ini secara tidak langsung menjadikan penguasaan pasaran bagi Malaysia dijangka merosot kepada 60% pada 2022 berbanding 67% ketika ini.
"Namun, kedudukan imbangan tunai yang kukuh adalah penting bagi syarikat pengeluar dari Malaysia, kerana ia membolehkan mereka mengharungi saat-saat sukar dalam perang harga yang sukar dielakkan," katanya.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Mon Oct 11 2021
![Sektor sarung tangan getah hilang daya tarikan, Maybank IB saran 'jual' saham Hartalega, Kossan Sektor sarung tangan getah hilang daya tarikan, Maybank IB saran 'jual' saham Hartalega, Kossan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623232083_FBREAKINDUSTRICOVID.jpg)
Prospek sektor sarung tangan getah suram meskipun ia pernah menjadi industri paling menguntungkan apabila tercetusnya pandemik COVID-19 di seluruh dunia. -Gambar fail/Bernama
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pengarah syarikat didakwa tipu, ubah wang haram RM5.1 juta Pengarah syarikat didakwa tipu, ubah wang haram RM5.1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739175539_RGopinatanPillai.jpg)
Pengarah syarikat didakwa tipu, ubah wang haram RM5.1 juta
Seorang pengarah syarikat dituduh menipu dan pengubahan wang haram berjumlah RM5.1 juta melibatkan urusan jual beli sarung tangan.
![Tiada risiko kekurangan sarung tangan getah meskipun penularan mpox - MARGMA Tiada risiko kekurangan sarung tangan getah meskipun penularan mpox - MARGMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725352713_TBCOVIDTOPGLOVE.jpg)
Tiada risiko kekurangan sarung tangan getah meskipun penularan mpox - MARGMA
Walaupun terdapat kebimbangan mengenai potensi lonjakan permintaan akibat penularan wabak itu, tidak perlu membuat pembelian panik.
![MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024 MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713517199_oonkimhungjpg.jpg)
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
![Permintaan, harga untuk sarung tangan getah perubatan, pembedahan dijangka meningkat - Pakar Permintaan, harga untuk sarung tangan getah perubatan, pembedahan dijangka meningkat - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712724061_FBREAKINDUSTRICOVID.jpg)
Permintaan, harga untuk sarung tangan getah perubatan, pembedahan dijangka meningkat - Pakar
Permintaan untuk sarung tangan getah perubatan dan pembedahan meningkat pada bulan lepas walaupun situasi lebihan bekalan yang berterusan dan dijangka mencapai keseimbangan menjelang 2025.
![Langkah muktamadkan mekanisme harga getah mampu dicapai walau mencabar - Pakar Langkah muktamadkan mekanisme harga getah mampu dicapai walau mencabar - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710373531_tbgetah.jpg)
Langkah muktamadkan mekanisme harga getah mampu dicapai walau mencabar - Pakar
Dennis Low berkata usaha bagi mencapai persetujuan bersama dan menumpukan mekanisme ini tidak sukar jika terdapat satu objektif bersama.
![Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683723195_TBCOVIDTOPGLOVE.jpg)
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
![Penurunan harga saham punca Top Glove, Hartalega terkeluar daripada komponen utama FBM KLCI Penurunan harga saham punca Top Glove, Hartalega terkeluar daripada komponen utama FBM KLCI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51611564063_FBREAKINDUSTRICOVID.jpg)
Penurunan harga saham punca Top Glove, Hartalega terkeluar daripada komponen utama FBM KLCI
Isu lebihan bekalan dalam industri sarung tangan getah telah mempengaruhi harga saham kedua-dua syarikat berkenaan.
![Malaysia terajui pengeluaran inovatif sarung tangan getah - MARGMA Malaysia terajui pengeluaran inovatif sarung tangan getah - MARGMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662483105_FBREAKINDUSTRICOVID.jpg)
Malaysia terajui pengeluaran inovatif sarung tangan getah - MARGMA
Negara mengeluarkan kira-kira 259 bilion unit sarung tangan yang dibekalkan ke 195 negara.
![KPPK optimis Malaysia mampu capai nilai eksport sarung tangan getah RM23.6 bln tahun ini KPPK optimis Malaysia mampu capai nilai eksport sarung tangan getah RM23.6 bln tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81654333910_TBCOVIDTOPGLOVE.jpg)
KPPK optimis Malaysia mampu capai nilai eksport sarung tangan getah RM23.6 bln tahun ini
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) optimis Malaysia mampu mencapai nilai eksport sarung tangan getah RM23.6 bilion pada tahun ini susulan terdapat peningkatan dalam budaya kebersih
![Ketidaktentuan pasaran jejas pasaran getah minggu depan Ketidaktentuan pasaran jejas pasaran getah minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/71590550335_BursaMalaysia.jpg)
Ketidaktentuan pasaran jejas pasaran getah minggu depan
Wujud kebimbangan mengenai kekurangan makanan dan musim sejuk dalam keadaan konflik Rusia-Ukraine ketika ini.