Definisi pengabaian kanak-kanak begitu subjektif, bergantung kepada bagaimana kanak-kanak dan masyarakat menganggap tingkah laku ibu bapa itu. Tetapi, satu perkara yang pasti pengabaian kanak-kanak adalah sejenis penganiayaan kepada kanak-kanak - apabila ibu bapa tidak memberikan penjagaan asas kesihatan fizikal, penyeliaan, pemakanan, asuhan emosi, pendidikan, perumahan dan persekitaran yang selamat.
Walaupun pengabaian kanak-kanak atau penganiayaan tidak mempunyai definisi yang jelas, di negara ini, ada undang-undang yang sedia ada untuk memenuhi kebajikan kanak-kanak, khususnya berkaitan dengan kecuaian.
Memandangkan kes-kes kematian kanak-kanak yang semakin meningkat, sebagai contoh, penculikan dan pembunuhan Siti Soffea Emelda Abdullah yang berusia 2 tahun dan juga Nurul Emielda Nadia Sallehuddin yang mati mengejut setelah bermain berhampiran eskalator, perlukah tindakan undang-undang yang lebih ketat ke atas ibu bapa yang mengabaikan kesejahteraan anak-anak mereka?
Peguam hak asasi manusia, Nizam Bashir, berkata Malaysia telah membuat beberapa langkah ke hadapan di mana hak kanak-kanak, terutamanya apabila kita meratifikasikan Konvensyen Hak Kanak-Kanak pada tahun 1995 dan hasil yang ketara dari ratifikasi berekenaan adalah Akta Kanak-Kanak 2001.
Nizam berkata di bawah Akta Kanak-kanak 2001, ia menjadikan satu kesalahan bagi mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak untuk mengabaikan dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi dan jika disabit bersalah, mereka boleh didenda RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut Nizam, terdapat beberapa perbincangan untuk meminda sebahagian besar daripada Akta Kanak-kanak bertujuan untuk memegang ibu bapa lebih bertanggungjawab jika mereka mengabaikan anak-anak mereka dan untuk memperkenalkan lebih banyak pilihan dari segi hukuman.
Beliau menegaskan bahawa tidak kira apa keputusan ini, apabila ia berhubung hukuman yang akan dilaksanakan atau akta yang akan dipinda yang melibatkan kanak-kanak, ia perlu diperkenalkan atau digubal dengan kepentingan kanak-kanak diutamakan - dan hukuman perlu bergantung kepada fakta dan konteks.
"Saya mendapati idea khidmat masyarakat sebagai tidak cukup kepada ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka ke tahap kehidupan mereka telah hilang. Sistem perlindungan kanak-kanak atau undang-undang perlu melindungi kanak-kanak," kata Nizam.
Beliau menambah bahawa Malaysia perlu memberi keutamaan kebajikan kanak-kanak dalam hak perlindungan mereka. Mengambil Sweden sebagai contoh, beliau berkata kerajaan Sweden melantik pegawai kerajaan khas atau peguam awam untuk membela kepentingan kanak-kanak dan anak-anak muda di sana.
Dalam kapasiti itu, pegawai kerajaan kemudian akan memantau pelaksanaan CRC dan mengemukakan laporan setiap tahun kepada kerajaan tentang peluang dan halangan dalam memenuhi hak kanak-kanak dan anak-anak muda.
Kira-kira 44 buah negara lain mempunyai pegawai-pegawai yang bertindak dalam kapasiti yang sama dan kelebihan utama adalah pegawai kerajaan khas ini akan mengkaji semua isu-isu di luar institusi negeri dan mengelakkan dari konflik kepentingan.
"Jika Malaysia serius tentang hak-hak kanak-kanak, maka mungkin ini adalah sesuatu yang kita boleh melaksanakan, kerana ia adalah peranan yang dimainkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, " kata Nizam.
Astro Awani
Thu Jun 05 2014

Pengabaian kanak-kanak adalah sejenis penganiayaan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

GISB: Tujuh individu direman tujuh hari
Kesemua mereka, dipercayai empat isteri pemimpin kanan GISB dengan seorang daripadanya warga asing serta dua wanita dan seorang lelaki, ditahan di sekitar Rawang, malam tadi.

Ibu bapa cuai boleh dikenakan tindakan - Nancy
Ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak-anak tanpa pengawasan yang sewajarnya boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Bayi retak tulang kepala, didakwa jatuh katil rumah pengasuh meninggal dunia
Pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati mangsa mengalami pendarahan di ubun kepala serta keretakan di bahagian belakang tulang kepala.

Bapa dipenjara tiga tahun dan denda RM10,000 dera anak tiri
Mahkamah turut mengenakan hukuman denda RM10,000 terhadap tertuduh dan sekiranya lelaki itu gagal membayar denda berkenaan, hukuman penjara selama setahun dikenakan.

Wanita 'acu pen' ke arah anak tiri ditahan polis
Polis menahan seorang wanita dipercayai mendera anak tirinya berusia 9 tahun di sebuah pangsapuri di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang di sini semalam.

Basikal lajak: Ibu bapa perlu tentukan anak-anak berada di rumah sebelum Maghrib
Shahrul mengulas sikap ibu bapa yang membiarkan anak-anak merayap sehingga awal pagi dan terlibat dalam kegiatan basikal lajak yang boleh membahayakan keselamatan diri sendiri serta pengguna lain.

Murid darjah 6 disyaki rogol kanak-kanak 4 tahun dibebaskan
Murid lelaki berusia 12 tahun yang ditahan atas dakwaan merogol seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis, Rabu lepas.

Taman Sinar Harapan Jubli, manifestasi dan aspirasi KPWKM
Datuk Seri Rohani Karim berkata 7 orang penghuni TSH Jubli yang telah dilatih di bawah Sokongan Pekerjaan (Job Coach) telah mendapat pekerjaan bersesuaian dengan kebolehan mereka.

KPWKM garis saranan elak kes tertinggal anak dalam kenderaan
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihaknya memandang serius isu kecuaian ibu bapa meninggalkan anak di dalam kenderaan yang menyebabkan lima kematian kanak-kanak dan bayi sejak 2016.