Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini menggariskan beberapa saranan yang boleh diamalkan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak bagi mengelak kes tertinggal anak di dalam kenderaan sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian, berulang.
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihaknya memandang serius isu kecuaian ibu bapa meninggalkan anak di dalam kenderaan yang menyebabkan lima kematian kanak-kanak dan bayi sejak 2016.
Katanya antara langkah pencegahan adalah menyarankan ibu bapa meletakkan kanak-kanak di kerusi khas dalam kenderaan khusus untuk bayi dan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah, meletakkan bayi di tempat duduk dan pakaikan tali pinggang keledar dengan kemas, kanak-kanak tidak boleh diletakkan di tempat duduk belakang khususnya di belakang kerusi pemandu kerana ia merupakan titik buta.
"Selain itu, ibu bapa yang membawa bayi atau kanak-kanak dalam kenderaan disaran meletakkan barang penting seperti beg tangan di bahagian belakang mengikut kesesuaian sama ada di atas kerusi atau di ruang kaki penumpang, atau meletakkan beg keperluan anak di tempat duduk hadapan bagi mengingatkan anak ada di bahagian belakang,” katanya.
Rohani berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Shahanim Mohamad Yusoff mengenai pendekatan diambil kerajaan dalam menangani kes kematian bayi akibat tertinggal di dalam kenderaan bagi mengelak kes seumpama itu berulang, pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Selain itu, Rohani berkata penjaga disaran meletakkan label atau tag pada pemegang pintu kenderaan bagi mengingatkan mereka bahawa anak-anak ada bersama di tempat duduk penumpang dan mengamalkan memeriksa semua ruang tempat duduk sebelum mengunci dan meninggalkan kenderaan.
BACA: Kanak-kanak maut selepas ditinggalkan ibu empat jam dalam kereta
BACA: 9 tip elak terlupa anak dalam kereta
"Ibu bapa juga boleh menghantar pesanan kepada pasangan, pengasuh atau pihak sekolah memaklumkan kanak-kanak ada dengan mereka, jadi apabila pengasuh menghubungi ibu bapa dan memberitahu anak mereka tidak berada di tempat asuhan dan sekolah pada waktunya, secara tidak langsung mengingatkan ibu bapa ini di mana anak mereka berada,” katanya.
Rohani berkata meskipun langkah berkenaan dilihat sebagai ‘redundant step’ namun ia berupaya membantu ibu bapa mengelakkan berlakunya kes kecuaian sehingga mengakibatkan kanak-kanak lemas atau meninggal di dalam kenderaan.
Dalam masa sama, katanya mana-mana ibu bapa yang terlibat dalam kecuaian menjaga anak-anak mereka sehingga menyebabkan kemalangan atau kehilangan nyawa tetap tidak terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.
Seksyen itu memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali dan sebagai tambahan boleh dikenakan perintah khidmat masyarakat tidak kurang daripada 36 jam dan tidak lebih 240 jam, jika sabit kesalahan, katanya.
“Kami faham apabila berlaku musibah seperti kehilangan anak yang disayangi tapi bukan disengajakan,” katanya dan menzahirkan takziah kepada ibu bapa mangsa seraya mengingatkan bahawa tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka yang cuai selain mahu berlaku adil kepada kanak-kanak dan bayi yang telah meninggal dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 26 2018
Rohani menyarankan penjaga meletakkan label atau tag pada pemegang pintu kenderaan bagi mengingatkan mereka yang anak-anak ada bersama di tempat duduk penumpang. - Gambar hiasan
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
GISB: Tujuh individu direman tujuh hari
Kesemua mereka, dipercayai empat isteri pemimpin kanan GISB dengan seorang daripadanya warga asing serta dua wanita dan seorang lelaki, ditahan di sekitar Rawang, malam tadi.
Ibu bapa cuai boleh dikenakan tindakan - Nancy
Ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak-anak tanpa pengawasan yang sewajarnya boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
Bayi retak tulang kepala, didakwa jatuh katil rumah pengasuh meninggal dunia
Pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati mangsa mengalami pendarahan di ubun kepala serta keretakan di bahagian belakang tulang kepala.
Bapa dipenjara tiga tahun dan denda RM10,000 dera anak tiri
Mahkamah turut mengenakan hukuman denda RM10,000 terhadap tertuduh dan sekiranya lelaki itu gagal membayar denda berkenaan, hukuman penjara selama setahun dikenakan.
Wanita 'acu pen' ke arah anak tiri ditahan polis
Polis menahan seorang wanita dipercayai mendera anak tirinya berusia 9 tahun di sebuah pangsapuri di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang di sini semalam.
Basikal lajak: Ibu bapa perlu tentukan anak-anak berada di rumah sebelum Maghrib
Shahrul mengulas sikap ibu bapa yang membiarkan anak-anak merayap sehingga awal pagi dan terlibat dalam kegiatan basikal lajak yang boleh membahayakan keselamatan diri sendiri serta pengguna lain.
Murid darjah 6 disyaki rogol kanak-kanak 4 tahun dibebaskan
Murid lelaki berusia 12 tahun yang ditahan atas dakwaan merogol seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis, Rabu lepas.
Taman Sinar Harapan Jubli, manifestasi dan aspirasi KPWKM
Datuk Seri Rohani Karim berkata 7 orang penghuni TSH Jubli yang telah dilatih di bawah Sokongan Pekerjaan (Job Coach) telah mendapat pekerjaan bersesuaian dengan kebolehan mereka.
KPWKM garis saranan elak kes tertinggal anak dalam kenderaan
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihaknya memandang serius isu kecuaian ibu bapa meninggalkan anak di dalam kenderaan yang menyebabkan lima kematian kanak-kanak dan bayi sejak 2016.