Ibu bapa harus kembali kepada kaedah tradisi dalam mendidik anak-anak terutama di peringkat kanak-kanak dan awal remaja dengan membuat peraturan supaya mereka berada di rumah sebelum waktu maghrib bagi menentukan mereka tidak terlibat dalam gejala tidak sihat seperti basikal lajak, merokok dan sebagainya,
Ibu bapa sekarang perlu kembali kepada kaedah warisan dalam mendidik anak seperti budaya menghormati orang tua, tidak keluar merayau ketika waktu Maghrib, solat secara berjemaah bersama keluarga, dan sebagainya.
Seorang peniaga, Shahrul Adam yang berusia 50-an, dari Bukit Katil di sini beliau akan memastikan tiga orang anak lelakinya berada di rumah sebelum masuk waktu solat Maghrib sepertimana yang dilakukan oleh arwah bapanya ketika beliau masih kecil.
"Bagi saya anak adalah harta yang perlu dijaga dengan baik kerana ia adalah tanggungjawab dari Allah swt dan dan atas prinsip tersebut saya sentiasa memastikan anak-anak saya pulang awal dan memantau apa yang mereka dilakukan," katanya kepada Bernama.
Beliau mengulas sikap ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka merayap sehingga awal pagi dan terlibat dalam kegiatan basikal lajak yang boleh membahayakan keselamatan diri sendiri serta pengguna di mana contoh terbaik ialah kejadian di Johor Bahru pada 18 Feb 2017 apabila lapan orang kanak-kanak yang sedang bermain basikal lajak maut dilanggar sebuah kereta pada pukul 3 pagi.
BACA: Lapan remaja berbasikal maut dirempuh kereta
Beliau bersetuju dengan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa ibu bapa kepada anak yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001.
Ibu bapa yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
BACA: Kerajaan disaran wujudkan undang-undang kekang aktiviti basikal lajak
Sementara itu, Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa menjaga dan mengambil tahu tentang anak mereka sendiri.
"Sepertimana yang saya sering katakan ibu bapa perlu anggap anak mereka sebagai harta kerana ia merupakan aset mereka dan aset negara yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin yang menentukan masa depan negara," katanya.
BACA: Nahas 8 remaja berbasikal: Jurujual dibebas, dilepas tuduhan memandu melulu
Beliau mencadangkan agar pihak kerajaan menambah baik undang-undang yang sedia ada bagi membolehkan tindakan perundangan diambil terhadap ibubapa yang gagal mematuhi undang-undang di bawah Akta Kanak-kanak itu,
"Antara undang-undang yang boleh diwujudkan adalah mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang gagal memastikan bahawa anak mereka berada di rumah sebelum waktu Maghrib iaitu dalam lingkungan 6.00 petang hingga 7.00 malam,"katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 06 2019

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, ibu bapa kepada anak yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya boleh dikenakan tindakan undang-undang. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

GISB: Tujuh individu direman tujuh hari
Kesemua mereka, dipercayai empat isteri pemimpin kanan GISB dengan seorang daripadanya warga asing serta dua wanita dan seorang lelaki, ditahan di sekitar Rawang, malam tadi.

Ibu bapa cuai boleh dikenakan tindakan - Nancy
Ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak-anak tanpa pengawasan yang sewajarnya boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Bayi retak tulang kepala, didakwa jatuh katil rumah pengasuh meninggal dunia
Pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati mangsa mengalami pendarahan di ubun kepala serta keretakan di bahagian belakang tulang kepala.

Bapa dipenjara tiga tahun dan denda RM10,000 dera anak tiri
Mahkamah turut mengenakan hukuman denda RM10,000 terhadap tertuduh dan sekiranya lelaki itu gagal membayar denda berkenaan, hukuman penjara selama setahun dikenakan.

Wanita 'acu pen' ke arah anak tiri ditahan polis
Polis menahan seorang wanita dipercayai mendera anak tirinya berusia 9 tahun di sebuah pangsapuri di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang di sini semalam.

Basikal lajak: Ibu bapa perlu tentukan anak-anak berada di rumah sebelum Maghrib
Shahrul mengulas sikap ibu bapa yang membiarkan anak-anak merayap sehingga awal pagi dan terlibat dalam kegiatan basikal lajak yang boleh membahayakan keselamatan diri sendiri serta pengguna lain.

Murid darjah 6 disyaki rogol kanak-kanak 4 tahun dibebaskan
Murid lelaki berusia 12 tahun yang ditahan atas dakwaan merogol seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis, Rabu lepas.

Taman Sinar Harapan Jubli, manifestasi dan aspirasi KPWKM
Datuk Seri Rohani Karim berkata 7 orang penghuni TSH Jubli yang telah dilatih di bawah Sokongan Pekerjaan (Job Coach) telah mendapat pekerjaan bersesuaian dengan kebolehan mereka.

KPWKM garis saranan elak kes tertinggal anak dalam kenderaan
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihaknya memandang serius isu kecuaian ibu bapa meninggalkan anak di dalam kenderaan yang menyebabkan lima kematian kanak-kanak dan bayi sejak 2016.