DUNGUN: Seorang bayi lelaki meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dan retak tulang kepala dipercayai terjatuh dari katil ketika berada di rumah pengasuhnya di Paka pada Sabtu.
Bayi berusia 14 bulan itu meninggal dunia kira-kira jam 10 malam tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Baharudin Abdullah berkata mangsa yang sebelum ini tidak sedarkan diri menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kanak-Kanak HSNZ.
Baharudin berkata susulan itu, pihaknya akan menahan pengasuh wanita berusia 24 tahun itu untuk siasatan lanjut.
“Hasil pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang kecederaan fizikal.
"Bagaimanapun pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati mangsa mengalami pendarahan di ubun kepala serta keretakan di bahagian belakang tulang kepala," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, kes yang mulanya disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kini akan dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.
Pada Sabtu, seorang bayi lelaki berusia 14 bulan mengalami pendarahan dan retak tulang selepas dipercayai terjatuh dari katil ketika berada di rumah pengasuhnya.
Mangsa sebelum itu dihantar bapanya berusia 30 tahun ke rumah pengasuh itu kira-kira jam 10.15 pagi.
Sejurus selepas itu, lelaki berkenaan menerima panggilan daripada isterinya yang memaklumkan anaknya mengalami masalah di rumah pengasuh sebelum dia bergegas ke rumah wanita terbabit.
Nur Fazlizai Ali
Mon May 24 2021

Seorang bayi lelaki meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dan retak tulang kepala dipercayai terjatuh dari katil ketika berada di rumah pengasuhnya di Paka. -Gambar hiasan
Penduduk Seoul berhimpun menjelang keputusan pemecatan Suk Yeol
Ribuan penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan pentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mengadakan perhimpunan di seluruh Seoul pada Sabtu.
Turkiye ulang komitmen jadi tuan rumah rundingan damai
Menteri Luar Turkiye akan mengulangi tawaran menjadi tuan rumah rundingan damai antara Ukraine dan Rusia pada mesyuarat pemimpin Eropah di London pada Ahad.

Banjir di daerah Paitan, Sabah makin pulih
Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
Dua pelajar cedera ditembak di Texas
Menurut Pihak Polis Pasadena, seorang daripada mereka ditembak di bahagian dada dan berada dalam keadaan stabil..manakala seorang lagi ditembak di bahagian lengan.
Sekurang-kurangnya empat maut
Sekurang-kurangnya empat pekerja maut selepas satu runtuhan salji menghempap pekerja pembinaan di lebuh raya berhampiran sempadan pergunungan India dengan Tibet.

MIFF pacu pertumbuhan industri perabot Malaysia - Johari
Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) menjadi pemangkin utama dalam mencorak dan memartabatkan industri perabot Malaysia, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Tumpuan Ahad – 2 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
11 termasuk pempengaruh TikTok ditahan terlibat rusuhan
Polis menahan 11 individu termasuk seorang pempengaruh media sosial kerana disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, Rabu lalu.
Dua lelaki lecur 75 peratus, 3 kenderaan musnah
Dua lelaki melecur hampir 75 peratus dan tiga buah kenderaan musnah selepas sebuah rumah kedai yang menempatkan bengkel di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh, di sini terbakar pada Sabtu.

Hindari fitnah, penyebaran berita palsu di bulan Ramadan - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyeru seluruh umat Islam menjauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu sempena Ramadan.

Bayi retak tulang kepala, didakwa jatuh katil rumah pengasuh meninggal dunia
Pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati mangsa mengalami pendarahan di ubun kepala serta keretakan di bahagian belakang tulang kepala.

Bayi jatuh katil dan tersembam meninggal dunia akibat lemas
Kematian seorang bayi perempuan berusia lapan bulan selepas terjatuh dari katil dan tersembam ke dalam tong sampah di rumah pengasuhnya dikenal pasti akibat lemas.