KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) menjalinkan kerjasama bagi memperkasa bidang penterjemahan dan penyuntingan antara kedua-dua pihak.
Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor dalam kenyataan berkata MoU itu antara lain bertujuan meningkatkan bilangan penterjemah dan penyunting bertauliah dalam kalangan kakitangan akademik UMS.
Beliau berkata kerjasama ini juga adalah bagi mengetengahkan UMS sebagai antara hab khidmat terjemahan dan suntingan berkualiti di Sabah dan di Malaysia amnya.
"Selain itu, kedua-dua pihak juga komited untuk memperkenalkan bidang dan kebolehan terjemahan dan suntingan sebagai satu kerjaya yang boleh dipercayai, berpotensi dan mampu memberi nilai tambah," katanya.
UMS dan ITBM menjalin kerjasama itu melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani Kasim dan Pengarah Urusan ITBM merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya Sakri Abdullah serta Pengurus Pembangunan Perniagaan ITBM Nor Azanizan Anawar di Bilik Mesyuarat Senat UMS di sini pada Rabu.
Menurut Kasim UMS dan ITBM bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dalam tiga perkara, termasuk menganjurkan Bengkel Penterjemahan dan Penyuntingan untuk kakitangan akademik UMS bagi memperluaskan bilangan penterjemah bertauliah di UMS.
Kerjasama itu juga bertujuan membangunkan dan mempromosikan UMS sebagai ITBM East Malay Hub termasuk penyediaan logistik dan khidmat kepakaran oleh ITMB.
"Perkara ketiga ialah dari aspek penerbitan buku, iaitu memberi pendedahan, latihan dan peluang kepada warga UMS untuk menerbitkan buku tanpa kerumitan proses penerbitan dan masalah kos," kata Kasim.
Naib Canselor UMS itu berkata skop kerjasama yang menyeluruh itu bakal memberi impak yang positif dalam kemenjadian UMS sebagai salah satu hab khidmat suntingan dan terjemahan berkualiti dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keterlihatan dan prestij universiti.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara UMS dan ITBM yang berlangsung di UMS pada Rabu. - Facebook Universiti Malaysia Sabah
AWANI Ringkas: Permit masuk warga asing
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tahan sakit lebih 3 jam kepala tertusuk besi
Mangsa dalam keadaan sedar dan stabil, tetapi masih memerlukan pembedahan susulan untuk mengeluarkan baki batang besi.

Amerika Syarikat lancar misi ke ISS, bawa pulang dua angkasawan
Kapal angkasa itu berlepas menggunakan roket SpaceX Falcon 9 dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida pada 7.03 malam waktu Timur, menurut siaran langsung NASA.

Projek Waterfront Labuan bernilai RM78 juta bakal lonjakkan ekonomi, pelancongan
Projek itu akan dibangunkan di Victoria Harbour Beach, tapak pasar basah lama di pusat bandar Labuan.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak - MetMalaysia
Menurut MetMalaysia, kawasan dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), serta Bintulu.

Lelaki maut digilis lori, dilanggar beberapa kenderaan ketika hujan lebat
Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama.

Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuh raya di Bangkok
Pasukan penyelamat segera dikerahkan untuk menyelamatkan mangsa, termasuk yang terperangkap di atas kren.
DBKL banteras penjaja air balang 'Rambo' tanpa lesen, abai kebersihan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja air balang tanpa lesen di sekitar Jalan Raja. DBKL mendapati penjaja sering bertukar lokasi perniagaan bagi mengelak dikesan oleh penguat kuasa.
Grid bekalan elektrik Cuba lumpuh, seluruh negara bergelap
Rangkaian elektrik nasional Cuba mengalami kerosakan besar pada lewat Jumaat, menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang meluas di ibu negara Havana serta di seluruh negara pulau itu.

Anna Jobling tak sabar bintangi filem baharu, hadiah istimewa selepas GMWA 2024
Anna Jobling berkata dia langsung tidak menyangka akan menerima tawaran berlakon filem selepas meraih kemenangan besar di anugerah berprestij itu.

TVET bukan sekadar laluan kedua, jadi platform utama lahir tenaga kerja kompetitif
TVET mampu jadi penyelesaian kepada pelajar kurang cenderung kepada akademik tetapi memiliki kebolehan teknikal serta praktikal yang tinggi.

Ibu bapa perlu bimbing anak pilih kerjaya selaras tuntutan masa depan
Sektor seperti semikonduktor, teknologi, kejuruteraan dan bidang STEM lain yang berkembang pesat, menawarkan peluang besar untuk kejayaan kerjaya jangka panjang.

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM tekad lahir lebih ramai graduan STEM
Bagi mencapai hasrat itu, pelbagai program diadakan termasuk mencipta rekod MBOR baharu sempena Mechanical Open Day and Exhibition 2024.

Kemunculan kerjaya baharu dorong Bumiputera beralih daripada bidang profesional
Ketidakseimbangan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam bidang profesional perlu dikurangkan.

Usaha wujudkan persekitaran menggalakkan wanita ceburi kerjaya berkaitan STEM amat penting
Usaha ini dapat direalisasi dengan menyediakan peluang-peluang latihan dan pendidikan yang perlu kepada kaum wanita.

Jihan Muse lebih memilih, ini sebab-sebabnya!
Pertandingan berkonsepkan nyanyian membabitkan peserta kanak-kanak itu bakal menyaksikan Jihan duduk di kerusi juri.

Taylor's College x Lembaga SACE: 40 tahun meneraju transformasi pendidikan tinggi dengan Laluan AUSMAT
Jalinan erat antara dua entiti tersebut secara konsisten menjadi batu loncatan buat pelajar kepada pendidikan berkualiti tinggi.

UMS, ITBM jalin kerjasama bidang terjemahan dan suntingan
MoU itu antara lain bertujuan meningkatkan bilangan penterjemah dan penyunting bertauliah dalam kalangan kakitangan akademik UMS.

Hannah Yeoh galak belia isi masa hujung minggu pertingkat, tambah kemahiran diri
Hannah Yeoh menyeru golongan belia agar mengisi masa masing-masing pada hujung minggu dengan berusaha meningkatkan kemahiran serta mencari kemahiran baharu bagi membolehkan mereka menambah pendapatan.

Kaunselor main peranan penting bimbing pelajar ketahui hala tuju selepas SPM
Kaunselor dilatih untuk memahami keperluan majikan pada masa akan datang supaya boleh membantu pelajar mengetahui hala tuju mereka selepas tamat persekolahan.