KUALA LUMPUR: Permintaan untuk kemahiran boleh pindah seperti pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan kecerdasan sosial akan meningkat dengan ketara dalam tahun-tahun mendatang, berdasarkan kajian terbaharu oleh Institut Global McKinsey.
Biro Statistik Australia juga melaporkan bahawa, secara purata seseorang individu akan mempunyai beberapa perubahan karier dalam kehidupan kerjaya mereka.
Taylor’s College sudah sekian lama mengorak langkah dalam membentuk generasi masa hadapan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pasaran kerja masa kini, dengan menjadi gerbang kepada pendidikan berkualiti tinggi.
Sejak 1982, institusi pengajian tinggi swasta itu membuka pintu kepada pelajar Malaysia untuk menyertai Matrikulasi Australia (AUSMAT), hasil kerjasama dengan Lembaga Sijil Pendidikan Australia Selatan (SACE Board of South Australia).
Dahulunya dikenali sebagai Matrikulasi Australia Selatan (SAM) di Malaysia, jalinan erat antara dua entiti tersebut secara konsisten menjadi batu loncatan buat pelajar kepada pendidikan berkualiti tinggi yang menyiapkan mereka untuk pengajian ke peringkat lebih tinggi seterusnya kecemerlangan dalam bidang profesional.
Tahun ini, kerjasama erat antara Taylor’s College dengan Lembaga SACE sudah pun memasuki dekad ke-4, dan mereka mahu terus memainkan peranan sebagai peneraju perubahan dalam pendidikan secara amnya dan pengajian tinggi secara khususnya.
“Visi kami adalah untuk berupaya menjadi rakan yang kuat dalam membentuk landskap pendidikan bersama, khususnya untuk laluan pra-universiti bagi memastikan pelajar dapat berkembang dengan baik ke pengajian tertiari, lebih penting untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang kuat juga perkembangan peribadi mereka.
“Apa yang saya maksudkan adalah kecemerlangan dalam akademik itu penting tetapi kita juga mahu melihat pelajar punyai keseimbangan, ada penghargaan dan pemahaman terhadap kepentingan untuk memiliki pemikiran dan kemahiran kritikal supaya mereka dapat menerapkan segala yang dipelajari untuk menyelesaikan isu dalam dunia sebenar,” kata Pengarah Kampus Taylor’s College, Josephine Tan.
Memahami evolusi dalam landskap pendidikan ini sebagai natijah daripada kemajuan teknologi, globalisasi, dan perubahan permintaan kerjaya, satu acara diskusi dianjurkan di Kampus Lakeside Taylor’s yang membawa tema “Mentransformasi Pendidikan: Membentuk Masa Depan Pembelajaran,” sempena meraikan ulang tahun ke-40 kerjasama Taylor’s College-Lembaga SACE.
Diskusi tersebut menyajikan hadirin dengan maklumat, pengetahuan dan pandangan dalam meneroka hala tuju pendidikan yang memupuk bakat pelajar secara menyeluruh dan menyiapkan mereka dengan kemahiran untuk berkembang secara berterusan sepanjang karier mereka.
Bagi Josephine, pendidikan berkualiti tidak hanya menjadikan seseorang individu itu cemerlang di atas kertas semata-mata dan berupaya memperoleh kerjaya yang membawa kesenangan kepada diri mereka sahaja.
“Kita mahu memastikan pelajar-pelajar kita bukan sahaja teruskan, tetapi boleh beradaptasi dengan perubahan, malah bertanggungjawab dalam melihat bagaimana diri mereka dapat menyumbang dan membawa impak positif yang bermakna kepada pertumbuhan industri dan masyarakat.
“Jadi, walaupun anda mencapai apa yang dipanggil kerjaya yang hebat, kita tak mahu anda jadi sekadar doktor, peguam atau jurutera semata-mata tetapi profesional yang bertanggungjawab yang tahu peranannya dalam memenuhi keperluan masyarakat.”
AUSMAT diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kemasukan ke universiti-universiti terkemuka dunia dan menyediakan graduan Malaysia dengan kemahiran penuh dalam pemikiran kritis, analitik dan antarabudaya yang akan membolehkan mereka cemerlang secara peribadi dan profesional.
Dengan pertambahan angka pelajar Malaysia yang mencari jalan pendidikan di luar negara, terutamanya di negara seperti Australia, ia adalah penting untuk pelajar memilih jalan yang tidak hanya memberikan mereka pengetahuan tetapi memupuk pembangunan sahsiah.
Ini, kata Pengarah SACE International, Lembaga SACE Australia Selatan, Matthew Taverner, bagi memastikan mereka dapat kekal relevan dan boleh menyesuaikan diri dengan perubahan permintaan dalam pasaran kerja di masa hadapan.
“SACE punyai kurikulum yang anjal di mana para pengajar diperkasa untuk hadir dengan penilaian dan tugasan mereka sendiri, supaya mereka dapat mencerminkan hal-hal yang berlaku dalam komuniti pelajar atau komuniti lebih luas dengan penilaian berterusan.
“Kami juga sentiasa mengemas kini kurikulum kami untuk memastikan ia relevan dan fokus kepada masa depan, di mana kami memanfaatkan teknologi dalam peperiksaan-peperiksaan penting supaya pelajar di negara lain seperti Malaysia dapat mendudukinya sama waktu dengan di Australia Selatan.”
Hadir pada majlis tersebut adalah pakar-pakar industri antaranya Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pendidikan Lembaga SACE, Virginia Steele; Pegawai Kanan Negara (Singapura, Malaysia dan Brunei) Universiti Melbourne, Kar-Yee Ong; juga alumnus Taylor’s College SACE yang berjaya, Muhammad Naif Muhammad Zain.
Dalam sesi diskusi tersebut, Muhammad Naif, yang kini bekerja dengan Petronas, menekankan betapa pentingnya memilih jalan yang sejajar dengan minat pelajar.
Katanya, memilih program yang betul bermula dengan mengambil kira kaliber dan rekod sesebuah institusi terbabit, pada masa sama keupayaannya memberi sokongan dan panduan yang jitu kepada perkembangan diri pelajar.
Israr Khalid
Thu Aug 03 2023
Dari kiri, Josephine Tan, Dr Steven Barraclough, Pegawai Kanan Tamu Kerajaan dari Suruhanjaya Tinggi Australia dan Matthew Taverner menyaksikan gimik 40 tahun kerjasama Taylor's College-Lembaga SACE. - Foto Astro AWANI
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
SMK Tinggi Batu Pahat sekali lagi juara 'Inter-school Competition' Hari Perakaunan Antarabangsa Taylor's
Platform inklusif dan pemerkasaan untuk pelajar pamer kecekapan dalam perakaunan, kemahiran pemikiran kritis, serta kerjasama berpasukan.
Taylor's College x Lembaga SACE: 40 tahun meneraju transformasi pendidikan tinggi dengan Laluan AUSMAT
Jalinan erat antara dua entiti tersebut secara konsisten menjadi batu loncatan buat pelajar kepada pendidikan berkualiti tinggi.