KUALA LUMPUR: Inter-school Competition Hari Perakaunan Antarabangsa Taylor’s 2023 menutup tirainya pada Sabtu lalu di Kampus Lakeside Taylor’s, menyaksikan Pasukan GG Bond dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Batu Pahat, Johor dinobat sebagai juara.
Mereka meraih kejuaraan itu atas keunggulan kreativiti serta pengetahuan perakaunan mereka dalam menyelesaikan kajian kes sekitar industri pelancongan Malaysia di pentas Grand Final.
Ketua Pasukan GG Bond SMK Tinggi Batu Pahat, Tan Sze Yung teruja menjulang kejuaraan kedua berturut-turut untuk sekolah tersebut, menyifatkan ia satu pengalaman berharga sebagai bekalan masa depan.
“Pertandingan ini memberi saya peluang untuk mengasah kemahiran saya berfikir secara kritis serta membentangkan dapatan kami menerusi kajian-kajian kes.
“Kemahiran ini akan mendorong saya ke hadapan apabila berdepan dengan cabaran-cabaran perniagaan pada masa akan datang,” katanya.
Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Pusat Pengajian Profesional dan Pusat Pengajian Perniagaan Taylor’s sebagai platform inklusif dan pemerkasaan buat pelajar untuk mempamerkan kecekapan mereka dalam perakaunan, kemahiran pemikiran kritis, serta kerjasama berpasukan dalam mengendalikan senario perniagaan dunia sebenar.
Cabaran yang dilalui para peserta memupuk persekitaran persaingan sihat serta menggalakkan pembelajaran berterusan, kolaborasi dan pertumbuhan profesional dalam kalangan bakal-bakal akauntan.
“Dengan cerapan daripada Insititut Akauntan Malaysia (MIA) yang memiliki 38,500 akauntan berdaftar yang berkhidmat untuk rakyat Malaysia setakat Jun 2023, wujud keperluan untuk lebih ramai profesional perakaunan di negara ini bagi mencapai sasaran 60,000 profesional perakaunan menjelang 2030 yang ditetapkan oleh kerajaan.
“Ini sebabnya Taylor’s menyokong matlamat tersebut dengan menganjurkan pertandingan ini dan menawarkan biasiswa buat pelajar untuk memupuk serta membangunkan profesional perakaunan masa depan yang amat penting untuk negara,” kata Ketua Pusat Pengajian Profesional Kolej Taylor’s, Jason Lo.
Sebanyak 162 pasukan dari 46 sekolah seluruh Malaysia, merangkumi SMK, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJK (C)), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sekolah antarabangsa, sekolah swasta dan Sekolah Persendirian Cina, menyertai pertandingan ini.
Bermula dengan pusingan awal pada 12 hingga 14 Ogos 2023, kesemua peserta menjawab 50 soalan aneka pilihan secara dalam talian dalam tempoh satu jam, di mana 20 pasukan teratas dengan markah purata tertinggi akan melangkah ke peringkat separuh akhir.
Para pasukan di peringkat separuh akhir kemudian menerima kajian kes lebih awal, di mana mereka perlu menyediakan penyelesaian dan membentangkannya pada hari Semi Final dan Grand Final, yang menyaksikan lima pasukan finalis berentap merebut gelaran Juara dan wang tunai RM5,000.
Ini merupakan tahun kedua penganjuran Inter-school Competition Hari Perakaunan Antarabangsa Taylor’s.
Untuk maklumat lanjut tentang Taylor’s, sila layari https://tinyurl.com/bdcsrjwd.
Israr Khalid
Fri Oct 13 2023
Pasukan GG Bond dari SMK Tinggi Batu Pahat merangkul gelaran juara Inter-School Competition Hari Perakaunan Antarabangsa Taylor's 2023. - Foto ihsan Taylor's
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Januari 2025.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
SMK Tinggi Batu Pahat sekali lagi juara 'Inter-school Competition' Hari Perakaunan Antarabangsa Taylor's
Platform inklusif dan pemerkasaan untuk pelajar pamer kecekapan dalam perakaunan, kemahiran pemikiran kritis, serta kerjasama berpasukan.
Taylor's College x Lembaga SACE: 40 tahun meneraju transformasi pendidikan tinggi dengan Laluan AUSMAT
Jalinan erat antara dua entiti tersebut secara konsisten menjadi batu loncatan buat pelajar kepada pendidikan berkualiti tinggi.