CYBERJAYA: Usaha mewujudkan persekitaran yang menyokong dan menggalakkan wanita untuk menceburi bidang kerjaya berkaitan dengan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam negara ketika ini amat penting, kata Naib Presiden Persatuan Gas Malaysia Choong Yen Li.
Beliau berkata usaha ini dapat direalisasikan dengan menyediakan peluang-peluang latihan dan pendidikan yang perlu kepada kaum wanita untuk meningkatkan lagi kemahiran bagi masa depan industri tenaga.
"Bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam peralihan tenaga, kita perlu menangani pelbagai halangan dan kesukaran yang mereka hadapi. Ia termasuk menolak pandangan stereotaip berkenaan jantina, menangani berat sebelah, dan mempromosikan peluang yang sama kepada kaum wanita untuk kemajuan kerjaya," katanya dalam ucapan pembukaannya di Forum Kepimpinan Wanita dalam Tenaga di sini pada Jumaat.
Dalam menekankan aspek inklusif, beliau berkata kaum wanita mempunyai peluang yang sama untuk menyumbang dan berjaya dalam sektor tenaga.
"Ia soal mengetepikan halangan, menolak berat sebelah, dan mewujudkan persekitaran dengan setiap individu merasai dihargai, dihormati dan diperkasa," katanya.
Forum sehari dengan tema 'Diversity and Inclusivity For A Just Energy Transition' itu menghimpunkan lebih 60 pesarta termasuk dari kumpulan advokasi Malaysian Women in Energy (MyWIE), Shell Women Action Network (SWAN) dan Petronas Leading Women Network (PLWN).
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) Kementerian Ekonomi Datuk Dr Yatimah Sarjiman dan Ketua Bersama Sekretariat Jawatankuasa Penasihat kepada Kementerian Kewangan Nurul Izzah Anwar.
Yatimah dalam ucapannya berkata kerajaan cakna bahawa perubahan sistemik amat diperlukan bagi merapatkan jurang gender dalam pasaran tenaga kerja Malaysia seperti yang digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI.
Katanya keperluan untuk menaikkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita 60 peratus dalam tempoh 10 tahun merupakan salah satu daripada tujuh sasaran dalam Ekonomi MADANI yang diumumkan.
"Selain itu, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NTER) yang dilancarkan sebelum ini juga akan meningkatkan penyertaan wanita, manakala penekanan terhadap penerimagunaan tenaga baharu dan tenaga boleh diperbaharui juga akan menggalakkan wanita untuk meneruskan kerjaya dalam bidang STEM," katanya.
Sementara itu Nurul Izzah berkata penglibatan lelaki dalam bidang tenaga masih dominan jika dibandingkan dengan penglibatan wanita, biarpun data 2021 menunjukkan graduan STEM tempatan yang terdiri daripada golongan wanita adalah lebih 50 peratus.
Katanya syarikat berkaitan gas atau tenaga turut disaran mengaplikasikan agenda atau idea baharu untuk menarik golongan wanita untuk bekerja dalam bidang STEM antaranya mewujudkan waktu kerja fleksibel.
Menyentuh mengenai kepentingan STEM, Nurul Izzah berkata semua pihak berkepentingan termasuk ibu bapa digalakkan terlibat dalam Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) yang juga akan menekankan mengenai pembudayaan STEM.
MGA ditubuhkan pada tahun 1986 oleh syarikat minyak dan gas global terkemuka termasuk Petronas, Shell, Esso, BP dan Caltex sebagai organisasi bukan untung yang berfungsi sebagai platform berkesan bagi menghimpunkan pemain industri utama untuk berusaha ke arah visi yang sama.
Sebagai pendokong utama negara untuk industri gas asli, MGA memainkan peranan penting dalam menggalakkan penglibatan, wacana dan dialog dengan pihak berkepentingan utama untuk membangunkan industri gas yang bertenaga dan mampan, sambil memacu pertumbuhan sosio-ekonomi Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023

Dalam menekankan aspek inklusif, Yen Li berkata kaum wanita mempunyai peluang yang sama untuk menyumbang dan berjaya dalam sektor tenaga. - Foto BERNAMA
Jangan ganggu usaha pembangunan semula bandar - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan pelbagai pihak supaya tidak menganggu hasrat kerajaan membantu golongan miskin di bandar, dengan menganjurkan perhimpunan bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA).

Xbox perkenal Copilot For Gaming tidak lama lagi
Microsoft akan memperincikan ciri Copilot untuk Xbox di acara GDC 2025.

Tiada tempat untuk Islamofobia, serta kebencian terhadap kepercayaan lain - Wisma Putra
Malaysia terus komited dalam memerangi Islamofobia serta semua bentuk keganasan dan kebencian terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan.
Polis tahan 11 lelaku disyaki terlibat kegiatan pecah rumah
Polis menahan 11 lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan curi barangan, dalam beberapa serbuan di Simpang Renggam, Kampung Gajah Kluang dan sekitar daerah Tangkak, Khamis lepas.
Geng parang rompak hab penghantaran barang
Sekumpulan penjenayah bersenjata parang rompak syarikat hub penghantaran barangan dan melarikan wang tunai RM46,000.
Guan Eng pertahan jawatan, tolak spekulasi tarik diri
Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng menafikan spekulasi bahawa beliau akan menarik diri daripada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti yang berlangsung pada Ahad.

Kes bunuh warga emas: Polis rakam keterangan enam individu
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya kini giat mengenal pasti suspek dan motif selain senjata yang digunakan dalam kejadian itu.
AWANI Ringkas: Permit masuk warga asing
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tahan sakit lebih 3 jam kepala tertusuk besi
Mangsa dalam keadaan sedar dan stabil, tetapi masih memerlukan pembedahan susulan untuk mengeluarkan baki batang besi.

Amerika Syarikat lancar misi ke ISS, bawa pulang dua angkasawan
Kapal angkasa itu berlepas menggunakan roket SpaceX Falcon 9 dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida pada 7.03 malam waktu Timur, menurut siaran langsung NASA.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

Generasi sandwich: Bebanan bertambah, sokongan institusi diperlukan
Golongan wanita masa kini semakin ramai yang tergolong sebagai 'generasi sandwich' akibat kekurangan sokongan institusi di negara ini.

Tujuh daripada 10 wanita di Selangor bekerja - Amirudin
Kira-kira tujuh daripada 10 wanita di Selangor atau 69.7 peratus berada dalam sektor pekerjaan.

Keazaman politik, insentif industri, dasar penting perkasa peranan wanita
Walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai program, kekurangan keterlibatan wanita pada peringkat pembuat dasar perlu diberi perhatian.

Wanita dihormati setiap hari di Gaza - Sukarelawan Perancis
Wanita Palestin diberikan peranan utama dalam kehidupan," menurut Imane Maarifi, seorang jururawat Perancis berketurunan Maghribi.

Reezpiupiu buktikan wanita juga mampu cemerlang sebagai pengulas e-sukan
Menceburi bidang pengulasan e-sukan yang lazimnya didominasi lelaki bukanlah sesuatu yang mudah.

Gara-gara ditinggalkan, wanita culik bekas teman lelaki
Polis berjaya menyelesaikan kes melarikan seorang lelaki warga Sri Lanka dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan pada 28 Februari lalu.

Dua wanita jadi keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM1 juta
Polis menahan dua wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan, sehingga menyebakan mangsa kerugian lebih RM1 juta dalam kejadian baru-baru ini.

Wanita dipenjara 10 tahun kerana amang seksual anak perempuan jiran
Seorang wanita dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun.