KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Mara (UiTM) berperanan penting bagi membantu kerajaan merealisasikan sasaran melahirkan 51 peratus golongan profesional dan teknokrat dalam kalangan Bumiputera.
Memetik laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha itu perlu, memandangkan tidak ada satu bidang profesional dan teknikal yang Bumiputera telah mencapai kadar peratusan berkenaan.
"Suatu ketika dahulu, UiTM di atas nama ITM (Institut Teknologi Mara) mempunyai seorang Arshad Ayub (tokoh pendidikan negara Allahyarham Tun Arshad Ayub) yang sangat ke hadapan, dalam bidang pendidikan profesional dan teknikal.
"Saya dan kerajaan tentunya mengharapkan seorang lagi Arshad Ayub dapat diwujudkan di UiTM, agar apabila kita kembali ke landasan asal maka pencapaian itu akan dapat dilakukan dalam kadar segera," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Karisma Pemikir MADANI Kepimpinan Tertinggi Pentadbiran UiTM Seluruh Malaysia, di sini semalam.
Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada barisan kepimpinan dan profesional UiTM dan berharap agar pertemuan itu dapat diteruskan dalam usaha mencapai objektif mengeluarkan profesional dan ahli teknokrat dalam negara.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Program Karisma Pemikir MADANI Kepimpinan Tertinggi UiTM Seluruh Malaysia dianjurkan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dengan kerjasama UiTM, yang antara lain bertujuan memperkasa hala tuju institusi itu selaras dengan agenda Malaysia MADANI dan penghayatan Rukun Negara.
Program yang julung kali diadakan ini, telah mengumpulkan seramai 74 orang peserta terdiri daripada kepimpinan tertinggi UiTM seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024
Ahmad Zahid ketika menghadiri Program Karisma Pemikir MADANI bersama kepimpinan tertinggi pentadbiran UiTM seluruh Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam. -- fotoBERNAMA
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.
NADMA jalin kerjasama dengan NCEMA UAE - TPM Ahmad Zahid
pengalaman emiriah arab bersatu (uae) dalam menangani cabaran bencana dan krisis agak kompleks berbanding bencana yang kerap berlaku di malaysia seperti banjir, tanah runtuh dan jerebu akibat kemarau
TPM Ahmad Zahid lakukan lawatan rasmi ke UAE bermula 13 Nov
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 13 hingga 19 November ini.
Kos bina baharu rumah PPRS dinaikkan - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan menaikkan peruntukan bagi membina rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Bangunan Semarak20: Pengerusi, CEO Felcra Berhad diarah beri penjelasan kepada PAC
Ahmad Zahid akan mengarahkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, memberi penjelasan kepada PAC berhubung prestasi penjualan bangunan Komersial Semarak20.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.