Gara-gara mengugut bunuh bapa kandungnya, seorang remaja dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu ke atas R. Gohulan, 20, selepas dia mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah dengan niat mendatangkan ketakutan terhadap bapanya, P. Rasamanikam, 54, dengan menggunakan sebilah pisau.
Mahkamah turut memerintahkan Gohulan dipenjara dari tarikh dia ditangkap pada 11 Nov lepas.
Tertuduh yang tidak bekerja didakwa melakukan kesalahan itu di Pangsapuri Cemara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, pada 6.30 petang 10 Nov lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Mengikut fakta kes, Rasamanikam telah bertengkar dengan Gohulan kerana anaknya itu pulang ke rumah dalam keadaan khayal dan mengamuk secara tiba-tiba.
Gohulan kemudian mengambil sebilah pisau pemotong sayur dan mengacukan ke arah bapanya serta mengugut untuk membunuhnya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim, ketika memohon hukuman berbentuk pengajaran, berkata: "Sebagai anak dia (tertuduh) sepatutnya melindungi bapanya bukan sanggup mengugut bunuh."
Gohulan yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan sambil berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama dan mengganggu anggota keluarganya. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 15 2016

Tertuduh mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah dengan niat mendatangkan ketakutan terhadap bapanya dengan menggunakan sebilah pisau. - Gambar fail

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

Usaha naik taraf pusat penjaja Bandar Sri Permaisuri selesakan pengunjung
Inisiatif kerajaan menaik taraf pusat penjaja di Bandar Sri Permaisuri telah memberikan keselesaan kepada pelanggan di medan selera itu.

Polis KL terima tiga lagi laporan dera di pusat jagaan kanak-kanak di Cheras
Polis menerima tiga lagi laporan daripada ibu bapa melibatkan kes dera di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras setakat semalam.

Bau busuk bongkar penemuan berpuluh rangka, organ kucing
Pemilik rumah membuat pemeriksaan apabila jiran mengadu tidak tahan dengan bau busuk dari unit yang dihuni seorang lelaki berusia 31 tahun.

Dua remaja dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam MPV
Dua mayat masing-masing seorang remaja perempuan dan lelaki berusia 19 tahun itu ditemui selepas polis menerima aduan orang awam pada malam Ahad lalu.

KLWBC 2020: Menulis momen yang tidak tertuliskan
Sekadar bacaan melihat "betapa sunyinya momen sastera di tengah bencana."

Misteri bau busuk terjawab dengan penemuan mayat lelaki
Misteri bau busuk di sebuah unit pangsapuri di Bandar Sri Permaisuri, Cheras sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap dengan tangan terikat.

Ugut bunuh bapa, remaja dipenjara 12 bulan
Gara-gara mengugut bunuh bapa kandungnya, seorang remaja dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Dua beradik direman susulan kematian ibu
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata kedua-dua mereka yang berusia 22 dan 25 tahun itu direman bermula hari ini hingga Selasa depan.