KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan dua remaja akhirnya terjawab apabila polis menemukan mayat mereka dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di ruang parkir bawah tanah sebuah bangunan kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini, pada Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata dua mayat masing-masing seorang remaja perempuan dan lelaki berusia 19 tahun itu ditemui selepas polis menerima aduan orang awam pada 8.26 malam Ahad lalu.
"Hasil pemeriksaan polis menemui mayat seorang perempuan di bahagian penumpang hadapan dan mayat seorang lelaki di bahagian penumpang belakang kenderaan terbabit yang dipercayai telah lima hari meninggal dunia.
"Pemeriksaan ke atas tubuh kedua-dua mangsa serta tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Siasatan juga mendapati pemilik asal MPV terbabit telah selesai menjual kenderaan itu kepada ayah mangsa remaja lelaki berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pada 23 dan 24 Mei lepas, polis telah menerima laporan mengenai kehilangan dua remaja berkenaan daripada keluarga mereka, masing-masing di Klang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan selepas gagal menghubungi kedua-dua mangsa.
"Seorang mangsa merupakan penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam manakala seorang lagi akan memasuki ke sebuah maktab perguruan. Hubungan kedua-dua mangsa adalah rakan dan mereka bukanlah penduduk di kondominium terbabit," katanya.
Muhammad Idzam berkata kedua-dua mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan polis dengan menyalurkan maklumat terus kepada Ketua Polis Balai Salak Selatan, Insp Muhd Arfizan Ab Aziz di talian 019-9198729 atau Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 01 2022

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata dua mayat masing-masing seorang remaja perempuan dan lelaki berusia 19 tahun itu ditemui selepas polis menerima aduan orang awam pada 8.26 malam Ahad lalu. - Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.

Remaja 17 tahun hilang sejak 29 Dis ditemukan selamat di Cheras
Nurul Fateha Nabila dijumpai di sebuah restoran di Batu 9, Cheras dan sepanjang kehilangan, remaja itu berada di rumah kawannya.

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
Polis Daerah Kajang menerima laporan berhubung kehilangan Yap Xin Yuan daripada keluarganya pada 2.15 pagi Jumaat.

Polis minta bantuan orang ramai kesan dua remaja perempuan hilang
Kedua-dua remaja berkenaan ialah K. Rimashini, 15, dan Nur Adleena Batrisyia Mohd Saiful Nourman, 16.

Polis berusaha kesan Che Nor Qurratu yang hilang sejak 7 Nov
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang hilang selepas ke kedai runcit sejak 7 Nov lepas.

Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas dan kali terakhir dilihat di Kampung Paya Chedung, Maran.

Remaja autistik hilang ditemukan lemas
Kehilangan seorang remaja autistik sejak Ahad berakhir tragedi apabila mayatnya ditemukan di Jeti Marina Bay di sini pada Isnin.

Polis kesan Nurul Alya Farzana, hilang depan sekolah
Remaja perempuan berkenaan dikenali sebagai Nurul Alya Farzana Zamri dan berusia 16 tahun.

Polis sahkan terima laporan kehilangan Saraliana
Polis sahkan terima laporan kehilangan Saraliana