Dua beradik direman selama seminggu bagi membantu siasatan berhubung kematian ibu mereka di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata kedua-dua mereka yang berusia 22 dan 25 tahun itu direman bermula hari ini hingga Selasa depan.
"Polis akan menyiasat setiap aspek berhubung kes berkenaan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Polis semalam menahan dua beradik berkenaan iaitu seorang lelaki dan wanita bagi membantu siasatan kes kematian Wan Yah Wan Mat, 63.
Mayat wanita itu ditemui dengan beberapa kesan kecederaan di ruang tamu di unit kediaman di Tingkat 16 pangsapuri berkenaan.
Bernama
Wed Nov 11 2015

Polis semalam menahan dua beradik berkenaan iaitu seorang lelaki dan wanita bagi membantu siasatan kes kematian Wan Yah Wan Mat, 63. - Gambar Hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Usaha naik taraf pusat penjaja Bandar Sri Permaisuri selesakan pengunjung
Inisiatif kerajaan menaik taraf pusat penjaja di Bandar Sri Permaisuri telah memberikan keselesaan kepada pelanggan di medan selera itu.

Polis KL terima tiga lagi laporan dera di pusat jagaan kanak-kanak di Cheras
Polis menerima tiga lagi laporan daripada ibu bapa melibatkan kes dera di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras setakat semalam.

Bau busuk bongkar penemuan berpuluh rangka, organ kucing
Pemilik rumah membuat pemeriksaan apabila jiran mengadu tidak tahan dengan bau busuk dari unit yang dihuni seorang lelaki berusia 31 tahun.

Dua remaja dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam MPV
Dua mayat masing-masing seorang remaja perempuan dan lelaki berusia 19 tahun itu ditemui selepas polis menerima aduan orang awam pada malam Ahad lalu.

KLWBC 2020: Menulis momen yang tidak tertuliskan
Sekadar bacaan melihat "betapa sunyinya momen sastera di tengah bencana."

Misteri bau busuk terjawab dengan penemuan mayat lelaki
Misteri bau busuk di sebuah unit pangsapuri di Bandar Sri Permaisuri, Cheras sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap dengan tangan terikat.

Ugut bunuh bapa, remaja dipenjara 12 bulan
Gara-gara mengugut bunuh bapa kandungnya, seorang remaja dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Dua beradik direman susulan kematian ibu
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata kedua-dua mereka yang berusia 22 dan 25 tahun itu direman bermula hari ini hingga Selasa depan.