PERBADANAN Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) merujuk kepada laporan portal berita The Vibes dan Malaysiakini yang memetik kenyataan media gabungan NGO The Coalition for the Protection of Selangor’s Forests serta kenyataan Saudara Faizal Parish, Pengarah Global Environmental Centre (GEC) dalam program temu bual Consider This: Astro Awani pada 2 September 2021.
Laporan itu mendakwa PKPS telah menceroboh dan membuka sebahagian kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Sungai Panjang di Sabak Bernam yang kononnya dikatakan hutan gantian berikutan penyahwartaan HSK Kuala Langat Utara (HSKLU).
PKPS ingin menegaskan isu nyahwarta HSKLU TIADA KAITAN LANGSUNG dengan pihak PKPS. Kami juga menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berkenaan dan menyifatkannya sebagai kenyataan berniat jahat dan subversif bagi merosakkan imej PKPS dan secara tidak langsung ingin mensabotaj inisiatif kerajaan negeri yang telah dirancang bagi kepentingan rakyat negeri Selangor.
Ini dilakukan dengan mengaitkan nyahwarta HSKLU dengan tanah milik persendirian PKPS yang akan dibangunkan sebagai tapak Inisiatif Jaminan Bekalan Makanan Negeri Selangor.
Tapak projek pembangunan pertanian bersepadu dikenali sebagai Selangor Smart Agro Park (SSAP) yang dikaitkan dengan tohmahan liar berkenaan merupakan tanah HAK MILIK PKPS berstatus PERTANIAN dan bukan berstatus HSK seperti yang telah disahkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menerusi surat Bil (9) dlm. PHN.SEL.100-5/3/60 Jld 3 bertarikh 16 April 2021 serta Pelan Fizikal Negara, Pelan Struktur Negeri dan Pelan Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).
PKPS ketika ini juga sedang menyiapkan laporan Environmental Impact Assessment (EIA) dan telah mematuhi semua saranan dan arahan dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor sebelum memulakan kerja-kerja pembangunan di tapak SSAP seperti mana yang telah diarahkan oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor (JAS) menerusi surat kelulusan bertarikh 31 Mei 2021.
Menerusi surat yang sama juga, JAS telah membenarkan PKPS melakukan kerja-kerja pembaikan atau 'remedy' seperti pembinaan sistem perparitan, kolam takungan, penstabilan tanah, kawalan hakisan tanah dan kelodakan dan kawalan saliran tanah gambut memandangkan kawasan berkenaan sering dilanda bencana banjir serta selalu dicerobohi oleh pihak tidak bertanggungjawab semenjak tahun 2000 lagi.
PENCEROBOHAN TANAH
Pada 28 Ogos 2021, PKPS telah menerima aduan mengenai imej satelit yang menunjukkan bahawa berlakunya pencerobohan oleh pihak luar di dalam kawasan SSAP dan sekitar HSK Sungai Panjang.
Berdasarkan maklumat tersebut, PKPS telah membuat langkah pencegahan dengan mengarahkan pemantauan lebih ketat di keseluruhan tapak HAK MILIK PKPS seluas 971 hektar.
Untuk rekod dan makluman, pencerobohan atau 'encroachment' oleh pihak tidak bertanggungjawab telah berlaku di sekitar tapak SSAP serta kawasan HSK Sungai Panjang sejak tahun 2000 sebelum PKPS memperolehi hak milik.
Kerajaan negeri telah menyerahkan hak penjagaan kawasan ini kepada PKPS bagi memudahkan pemantauan dan mengelakkan pencerobohan dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
PKPS juga sedang mengambil langkah-langkah pencegahan khas bagi memastikan tidak lagi berlaku kejadian pencerobohan memandangkan PKPS sedang mematuhi notis arahan pemberhentian kerja (SWO) yang dikeluarkan oleh JAS pada 8 April 2021.
Berdasarkan situasi semasa, PKPS berpandangan terdapat pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan atas pengeluaran notis SWO berkenaan dengan meneruskan pencerobohan secara haram bagi memburukkan imej PKPS dan kerajaan negeri.
TINDAKAN UNDANG-UNDANG
Kenyataan tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh gabungan NGO serta Saudara Faizal Parish ini adalah bersifat ‘mala fide’ serta mempunyai unsur mengaitkan PKPS dengan agenda tersendiri.
Ini turut mengheret PKPS yang sentiasa berusaha membantu kerajaan negeri dalam memastikan jaminan bekalan negeri Selangor berada pada tahap optimum terutama dalam situasi pandemik ini.
Pihak terbabit seharusnya terlebih dahulu membuat laporan dan mendapatkan penjelasan daripada PKPS atau kerajaan negeri sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas seperti ini.
Justeru itu bagi memastikan penyebaran berita palsu seperti ini tidak berulang, PKPS akan mengambil tindakan undang-undang termasuk tuntutan saman fitnah terhadap pihak terbabit dalam masa terdekat kerana cubaan untuk merosakkan nama baik PKPS dan kerajaan dengan membuat tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas.
KOMITMEN PKPS
PKPS kekal komited untuk melaksanakan projek SSAP berdasarkan lunas undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri Selangor.
Sekali lagi ditegaskan, sebarang kerja pembangunan di tapak SSAP belum bermula bagi memastikan segala syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri dipatuhi terlebih dahulu.
Selain itu, PKPS juga sedang merangka polisi bagi menyokong Dasar NDPE (No Deforestation, Peat, Exploitation) dan memberi jaminan segala kehendak dasar ini akan dipatuhi secara telus dan teliti. Ini termasuk mewujudkan Central Forest Spine (CFS) untuk memelihara eko-sistem dan habitat semula jadi di kawasan pembangunan SSAP.
PKPS memberi jaminan akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berintegriti dan ikhlas untuk membantu kerajaan negeri memastikan sektor agro-makanan tempatan dapat menampung kehendak rakyat Selangor pada masa hadapan.
Pertanyaan Media
Gaddafi Musli – 0136661123 / gaddafi@pkps.gov.my
Kenyataan Media
Mon Sep 06 2021

PKPS ingin menegaskan isu nyahwarta HSKLU tiada kaitan langsung dengan pihak PKPS. - Gambar hiasan

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

PKPS lancar projek Bawang Rose Ehsan, catat tuaian tertinggi empat tan perekar
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah melancarkan Projek Bawang Rose Ehsan, sebuah inisiatif strategik yang menggabungkan teknologi moden Internet of Things (IoT).

Program IPR-INTAN bantu atasi kemiskinan bandar, PKPS puji inisiatif Kementerian Ekonomi
Hasil pertama projek cili fertigasi yang kini dalam proses penuaian menandakan pelancaran Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah Inisiatif Usahawan Tani (INTAN).

Selangor catat 118 tan tuaian pertama jagung bijirin
Tuaian melibatkan kawasan seluas 16.9 hektar daripada keseluruhan 121 hektar itu adalah bagi fasa pertama dan dijangka hasil tersebut terus meningkat.

Program Jualan Ehsan Rahmah diperluas ke 12 lokasi sehari bermula Ogos
Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diperluas ke 12 lokasi sehari bermula 1 Ogos ini berbanding sembilan lokasi sebelum ini.

PKPS tawar jualan benih pisang raja seribu
Jualan terhad sebanyak 50 polibeg itu boleh didapati di Makmal Kultur Tisu PKPS di Ladang Selangor Fruits Valley, Batang Berjuntai.

Program JER 2.0 kembali Januari depan dengan lebih banyak pilihan
Jumlah barangan jualan akan ditambah pada program JER 2.0 dan sehingga sejuta pembeli dapat menikmati manfaat daripada program tersebut.

Amirudin sedia bertemu persatuan, pembekal ayam
Beliau berkata, isu tersebut perlu diselesaikan secepat mungkin kerana ia memberi kesan kepada banyak pihak khususnya pengguna dan penternak.

Selangor cadang teruskan jualan ayam murah
Keputusan akan dibuat selepas peruntukan sebanyak RM50,000 ekor ayam di outlet PKPS sebelum ini habis terjual.

Tuduhan pencerobohan, pembukaan tanah di Hutan Simpan Kekal Sungai Panjang
PKPS akan mengambil tindakan undang-undang termasuk tuntutan saman fitnah terhadap pihak terbabit dalam masa terdekat.

LHDN nafi dakwaan buat pusingan U berhubung Program Pengakuan Sukarela
LHDN berkata layanan cukai bagi setiap kes yang diterima dan disemak adalah berdasarkan fakta dan merit kes.