PKPS Tissue Culture Lab menerusi laman Facebooknya memaklumkan, jualan terhad sebanyak 50 polibeg itu boleh didapati di Makmal Kultur Tisu PKPS di Ladang Selangor Fruits Valley, Batang Berjuntai.
“Benih pisang seribu dari makmal kami. Benih dari kultur tisu, pemilihan sulur yang terbaik dari ladang,” katanya dengan menawarkan setiap satu polibeg benih pisang tersebut pada harga RM100.
Pisang raja seribu atau nama saintifiknya, 'musa chiliocarpa' memiliki saiz panjang buah kira-kira dua hingga tiga meter. - SInar Harian