SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bercadang untuk melanjutkan tempoh penjualan ayam murah menerusi Program Intervensi Harga Makanan Ehsan bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari bagaimanapun berkata, keputusan itu akan dibuat selepas peruntukan sebanyak RM50,000 ekor ayam di outlet PKPS sebelum ini habis terjual.
"Sudah pasti, selepas kita hampir habis 50,000 ekor ayam nanti kita akan buat keputusan sama ada kita hendak lanjutkan lagi (Program Intervensi Harga Makanan Ehsan) sebulan atau sebagainya.
"Namun perlu diingat program ini adalah intervensi untuk mengurangkan kesan peningkatan mendadak (harga ayam) pada waktu ini," katanya ketika ditanya adakah program selama dua minggu itu akan dilanjutkan selepas ini.
Beliau ditemui pada Majlis Penyampaian Surat Tawaran Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Selasa.
Pada Sabtu, kerajaan Selangor melalui PKPS melaksanakan Program Intervensi Harga Makanan Ehsan, dengan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM8 sekilogram sebagai usaha menangani lonjakan harga barang makanan ketika ini.
Amirudin dilaporkan berkata, program selama dua minggu yang bermula Isnin itu membabitkan penjualan ayam kepada orang ramai di dua outlet PKPS iaitu Pasar Borong Selangor dan Wisma PKPS.
Kerajaan negeri menawarkan jualan ayam pada harga RM8 sekilogram, manakala harga telur ditetapkan RM11.70 daripada RM12.40 sepapan, dengan kos pengurangan harga itu ditanggung oleh PKPS menerusi dana RM1 juta.
Dalam pada itu, Amirudin berkata, program intervensi itu bagaimanapun tidak boleh diadakan dalam tempoh yang panjang kerana tujuan dilaksanakan adalah untuk mengurangkan beban rakyat Selangor.
"Jadi ia bukan selamanya atau sepanjang tahun tetapi intervensi-intenvensi yang kita buat ini sedikit sebanyak memastikan supaya rakyat tidak terbeban dengan kos makanan cukup diminati iaitu ayam dan telur ayam yang kini harganya meningkat mendadak.
"Puncanya pihak Persekutuan perlu kenal pasti dan kita campur tangan ini hanya sementara untuk kurangkan bebanan rakyat mungkin dalam tempoh sebulan, dua bulan sehingga satu kawalan menyeluruh dapat dibuat dan itu di luar bidang kuasa kita," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 09 2022

Pada Sabtu, kerajaan Selangor melalui PKPS melaksanakan Program Intervensi Harga Makanan Ehsan, dengan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM8 sekilogram. - Gambar hiasan

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Selangor mulakan pengajian STEM berasaskan al-Quran tahun ini - MB
Kerajaan Selangor akan mula menerapkan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berasaskan al-Quran di sekolah agama tahun ini.

Isu pindah tanah: Selangor mungkin laksana audit, siasatan dalaman semua agensi
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah tersebut bagi menangani isu pindah milik tanah berkenaan secara menyeluruh.

Kerajaan pastikan harga terus terkawal menjelang Tahun Baharu Cina - MB Selangor
Orang ramai digesa untuk membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang masih ingkar, atau sengaja tidak mempamerkan harga jualan.

Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.

SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.

Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.

Selangor jadi negeri contoh kembang sektor berasaskan teknologi dan inovasi
Program AI Trailblazers antara langkah strategik kerajaan negeri dalam mendukung Malaysia menjadi pesaing dalam ekonomi global.

Selangor peruntuk lebih RM3 juta pelaksanaan Festival Turath Islami 2025
Pelaksanaan berterusan festival merupakan antara usaha kerajaan negeri menyuburkan agama Islam di samping membangunkan sisi rohani rakyat.