KUALA LUMPUR: Sudah sedekad berlalu sejak tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 sehingga meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan kru, termasuk 80 kanak-kanak.
Bagi menghormati pemergian mangsa tragedi menyayat hati itu, majlis peringatan ke-10 akan diadakan pada 17 Julai ini di Monumen Nasional MH17 di Park Vijfhuizen berhampiran Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam, menurut Kedutaan Belanda di Malaysia.
Oleh itu, lima wakil media negara termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dijemput untuk menyaksikan acara bersejarah itu dan menyertai program peringatan yang dijadualkan selama tiga hari bermula 15 Julai.
Program berkenaan termasuk lawatan ke lokasi tertentu untuk memberikan pemahaman mendalam mengenai usaha dan kerjasama berterusan antara Belanda dan Malaysia selepas kejadian yang menimpa pesawat MH17.
Pada hari pertama, sesi temu bual dijadual diadakan dengan bekas Ketua Pendakwa Raya di Perkhidmatan Pendakwa Raya, Pejabat Pendakwa Raya Daerah "Noord-Holland", Digna van Boetzelaer. Beliau mengetuai pendakwaan dan siasatan jenayah terhadap kes MH17 yang ditembak jatuh.
Jadual turut disusun dengan sesi temu ramah bersama waris mangsa, selain lawatan ke pembinaan semula pesawat MH17 bertempat di pangkalan tentera di Gilze-Rijen, tengah Belanda.
"Selain keluarga terdekat, hampir 1,500 orang dari seluruh dunia akan berkumpul bersempena dengan majlis itu. Keperitan akibat kehilangan insan tersayang (mangsa) masih dirasai keluarga dan rakan sehingga kini.
"Ketika kita menghampiri 10 tahun sejak tragedi berkenaan berlaku, Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine ingin menegaskan bahawa kami tetap teguh dalam komitmen untuk mencapai kebenaran, keadilan dan kebertanggungjawaban buat mangsa dan waris nahas terbabit.
"Mereka yang ditinggalkan berhak mendapat kesimpulan. Mereka perlu tahu bahawa segala yang boleh dilakukan telah dilakukan untuk mengelakkan tragedi sedemikian berlaku pada masa hadapan," menurut kedutaan itu.
Pada 17 Julai 2014, pesawat MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu ketika terbang di kawasan konflik di timur Ukraine, menyebabkan kesemua penumpang terkorban.
Mangsa merupakan penumpang dari 17 negara termasuk 198 warga Belanda, 43 rakyat Malaysia, 38 dari Australia dan 10 lagi berasal dari United Kingdom.
Susulan kejadian itu, pada 17 Nov 2022, Mahkamah Daerah Hague menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap dua warga Rusia dan seorang rakyat Ukraine secara in absentia selepas mendapati mereka bersalah menyebabkan pesawat MH17 ditembak jatuh dan kesemua 298 penumpang terbunuh.
Mereka ialah Igor Girkin dan Sergei Dubinsky dari Rusia serta warga Ukraine iaitu Leonid Kharchenko. Bagaimanapun, mahkamah membebaskan seorang lagi lelaki Rusia, Oleg Pulatov atas pertuduhan sama.
Mahkamah turut memerintahkan tiga lelaki itu membayar lebih 16 juta Euro sebagai pampasan kepada ahli keluarga mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024
Majlis peringatan ke-10 akan diadakan pada 17 Julai ini di Monumen Nasional MH17 di Park Vijfhuizen berhampiran Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam, menurut Kedutaan Belanda di Malaysia. - Gambar fail/ Reuters
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof
Kesan tragedi nahas MH17 amat besar dan begitu dirasai di Belanda meskipun sudah sedekad berlalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas
Kementerian Pengangkutan memperhebat usaha untuk menambah baik kemudahan pengangkutan awam dan mesra pejalan kaki di Kuala Lumpur, khususnya perhentian dan stesen bas.
Tragedi MH17 masih diingati walaupun sedekad berlalu
Sudah sedekad berlalu sejak tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 sehingga meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan kru, termasuk 80 kanak-kanak.