ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Julai 2024.
1. Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
2. Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok
Kedutaan Vietnam di Thailand berusaha gigih untuk menyokong keluarga mangsa yang ditemui mati di Hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok pada Selasa dan memastikan siasatan kes berjalan lancar, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
3. Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang
Angka kematian susulan insiden tembakan berhampiran masjid di kawasan Al-Wadi Al-Kabir, Oman telah meningkat kepada enam orang termasuk seorang anggota polis.
4. Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa pihak berkuasa Israel masih menghalang penghantaran minyak kepada petugas kemanusiaan, hingga menyukarkan pengagihan makanan di Semenanjung Gaza.
5. Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata dalam satu temu bual dengan BET News bahawa beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan, lapor Sputnik.
6. Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal
Presiden Perancis Emmanuel Macron telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Gabriel Attal, namun memintanya untuk terus mengetuai kerajaan sementara sehingga pembentukan kerajaan baharu, menurut kenyataan pejabat presiden Perancis pada Selasa, lapor Xinhua.
7. Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Senator tertinggi Amerika Syarikat (AS), Bob atau Robert Menendez didapati bersalah ke atas semua 16 pertuduhan jenayah dihadapinya dalam perbicaraan rasuah yang mendapat liputan meluas di New York.
8. Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Tanggal 17 Julai 2024, genap sedekad tragedi hitam menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 apabila ia terhempas dari ketinggian 30,000 kaki di wilayah Ukraine selepas ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak di negara berkenaan.
9. Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan 13 cedera di Peru pada Selasa selepas sebuah bas terbalik ketika dalam perjalanan melalui kawasan pergunungan.
10. Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel
Seorang lelaki berjaya ditahan polis selepas dipercayai menyunting gambar rakan wanitanya menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) bagi tujuan tidak baik.
Astro Awani
Wed Jul 17 2024
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel tonggak kestabilan serantau - Menteri Luar Israel
Israel akan terus mempertahankan warganya daripada sebarang ancaman, sama ada dari jarak dekat atau jauh.
Levi eksport minyak sawit mentah Indonesia naik kepada 10 peratus
Indonesia akan meningkatkan levi eksport minyak sawit mentah (MSM) kepada 10 peratus daripada 7.5 peratus semasa untuk membiayai subsidi biodiesel yang lebih tinggi, kata Menteri Ekonomi republik itu, Airlangga Hartarto.
Peralihan pengguna kepada barangan buatan tempatan kekal berterusan kesan boikot jenama global - HLIB Research
Peralihan ke arah barangan pengguna buatan tempatan kekal berterusan di tengah-tengah boikot jenama antarabangsa berikutan konflik Israel-Gaza, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research.
Lagi kes penuntut IPTA dipukul beramai-ramai, tiga suspek direman tiga hari
Ketiga-tiga suspek yang berumur antara 18 hingga 20 tahun adalah warganegara Malaysia.
Israel lakukan pembersihan etnik di Gaza - MSF
Menerusi hantaran di X, Lazzarini menyifatkan Gaza sebagai perangkap maut dan medan pembunuhan.
AWANI Pagi: Pemandu mabuk: Akibat lalai, nyawa melayang
Saksikan analisis eksklusif #AWANIpagi bersama Profesor Madya Dr. Law Teik Hua, Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia, yang akan mengupas punca utama pemandu mabuk, keberkesanan undang-undang sedia ada, dan langkah-langkah penyelesaian untuk mengakhiri ancaman ini di jalan raya.
Wyndham Garden, WynSports perkukuh kerjasama I-Berhad dengan Wyndham Hotels & Resorts
Pelancaran Wyndham Garden & WynSports memenuhi permintaan pelancong yang ingin menggabungkan keselesaan dan keseronokan dalam satu lokasi.
Amnesty desak EU hentikan genosid di Gaza
Seruan berkenaan disampaikan dalam 24 bahasa negara-negara anggota EU di ibu pejabat Suruhanjaya Eropah, Brussels.
Pasar Krismas dibuka di Damsyik
Menyelang sambutan Krismas tidak lama lagi, sebuah pasar dikelilin dibuka di Damsyik pada Khamis, sepuluh hari selepas kejatuhan rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Britain umum bantuan ketenteraan RM1.27 bilion ke Ukraine
Britain mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai 225 juta pound untuk Ukraine pada tahun depan, termasuk bantuan dron, bot, dan sistem pertahanan udara.
Israel lakukan pembersihan etnik di Gaza - MSF
Menerusi hantaran di X, Lazzarini menyifatkan Gaza sebagai perangkap maut dan medan pembunuhan.
Amnesty desak EU hentikan genosid di Gaza
Seruan berkenaan disampaikan dalam 24 bahasa negara-negara anggota EU di ibu pejabat Suruhanjaya Eropah, Brussels.
Israel sengaja potong bekalan air untuk hapuskan warga Palestin - HRW
Israel sedang melaksanakan pembasmian dan genosid dalam serangannya ke atas Gaza, khususnya dengan menyekat akses penduduk di sana kepada air.
Khaled Nabhan 'Atuk Gaza' terbunuh dalam serangan udara Israel
Seorang warga Palestin, Khaled Nabhan, yang meruntun hati seluruh warga dunia ketika mengucapkan selamat tinggal kepada cucunya, terbunuh dalam serangan Israel di kem pelarian Nuseirat, Gaza.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.
UNRWA seru masa depan adil, bermaruah untuk rakyat Gaza
Ini termasuk hak pendidikan untuk 600,000 kanak-kanak Gaza yang terpaksa berhenti sekolah.