KUALA LUMPUR: Tanggal 17 Julai 2024, genap sedekad tragedi hitam menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 apabila ia terhempas dari ketinggian 30,000 kaki di wilayah Ukraine selepas ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak di negara berkenaan.
Dalam kejadian menyayat hati itu, kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat Boeing 777 berkenaan terkorban iaitu 193 warganegara Belanda, Malaysia (43), Australia (27), Indonesia (12), United Kingdom (10), Belgium (empat), Jerman (empat), Filipina (tiga) dan masing-masing satu dari Kanada dan New Zealand.
Peristiwa menyayat hati dan mencetus kecaman pada peringkat antarabangsa itu sesungguhnya mengejutkan Malaysia yang ketika itu baru sahaja empat bulan melalui episod kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac, yang sehingga kini kekal menjadi misteri kepada sejarah penerbangan dunia.
Pesawat komersial MH17 berlepas pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat, 18 Julai.
Bagaimanapun, pada 10.15 malam (waktu Malaysia) MAS menerima makluman daripada Trafik Kawalan Udara (ATC) Ukraine bahawa ia terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada waktu 1415 (GMT), pada kedudukan 30 kilometer (km) dari Tamak, kira-kira 50 km dari sempadan Rusia-Ukraine.
Berita antarabangsa kemudian melaporkan penemuan bangkai pesawat berhampiran perkampungan Grobovo, Ukraine di wilayah dikuasai pemberontak berhampiran sempadan Rusia dengan beberapa imej menunjukkan bangkai pesawat, mayat dan barangan peribadi bertaburan sejauh beberapa kilometer.
Berdasarkan laporan akhir nahas yang dikeluarkan Pasukan Siasatan Bersama (JIT) pada 24 Mei 2018 selepas 15 bulan siasatan dijalankan, ia menyimpulkan pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu milik tentera Rusia, BUK TELAR yang mengenai sebelah kiri kokpit pesawat berkenaan.
Namun, di sebalik pelbagai bukti ditemukan pasukan penyiasat, tiada pihak yang mahu membuka mulut mengaku membedil pesawat berkenaan, tetapi demi menuntut keadilan buat mangsa dan keluarga mereka, Malaysia dan beberapa negara terlibat telah berusaha sehabis baik untuk membawa dalang yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Hal ini termasuk menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menubuhkan tribunal jenayah bagi mendakwa mereka dan pada Jun 2019, tiga rakyat Rusia iaitu Igor Girkin, Sergey Dubinsky dan Oleg Pulatov, serta seorang rakyat Ukraine Leonid Kharchenko akhirnya didakwa secara in absentia di Mahkamah Daerah The Hague atas pertuduhan membunuh.
Pada 17 Nov 2022, mahkamah itu menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Girkin, Dubinsky dan Kharchenko selepas didapati bersalah atas pertuduhan menembak jatuh pesawat MH17 dan menyebabkan kesemua 298 penumpang dan krunya terbunuh, manakala Pulatov dilepaskan atas pertuduhan sama.
Tiga tertuduh itu juga diperintahkan membayar pampasan lebih 16 juta Euro (RM75.26 juta) kepada keluarga mangsa.
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
"Ini jelas daripada gambar jejak asap di langit, kenyataan seorang saksi yang dilindungi, imej satelit, perbualan telefon yang dipintas dan data tiang penghantaran, gambar dan video mengenai seunit BUK TELAR sedang diangkut dan dipunggah," menurut penghakiman itu.
Sementara itu, pada 15 Julai lepas, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerajaan Malaysia tetap teguh dan komited untuk meneruskan tindakan undang-undang di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Belanda terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam tragedi pesawat MH17.
"Ya, memang dari segi tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa akan diteruskan dan Malaysia bersama-sama dengan negara-negara terlibat," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata walaupun mereka telah disabitkan atas kesalahan itu, namun hukuman terhadap mereka masih tidak dapat dilaksanakan.
"Walaupun mereka telah disabitkan, langkah-langkah untuk membawa mereka kepada hukuman fizikal nampaknya tiada kemajuan yang jitu.
"Perkara ini merunsingkan pihak keluarga mangsa yang setiap tahun inginkan keadilan untuk ahli keluarga mereka," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, katanya jaminan kerajaan untuk terus menuntut keadilan kepada mangsa terlibat akan memberi kelegaaan kepada keluarga mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024

Dalam kejadian menyayat hati itu, kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat Boeing 777 berkenaan terkorban. -Gambar fail/Reuters

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof
Kesan tragedi nahas MH17 amat besar dan begitu dirasai di Belanda meskipun sudah sedekad berlalu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.

Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.

Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.

Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut

Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.

Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas
Kementerian Pengangkutan memperhebat usaha untuk menambah baik kemudahan pengangkutan awam dan mesra pejalan kaki di Kuala Lumpur, khususnya perhentian dan stesen bas.

Tragedi MH17 masih diingati walaupun sedekad berlalu
Sudah sedekad berlalu sejak tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 sehingga meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan kru, termasuk 80 kanak-kanak.