Tugas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak terjejas dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara meskipun anggotanya beragama Islam menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan.
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, latihan termasuk dengan tentera laut negara lain seperti yang dirancang tetap diteruskan tanpa sebarang had.
"TLDM tetap meneruskan rondaan di laut 24 jam sehari setiap minggu walaupun dalam bulan Ramadan. Ia tidak menganggu gugat tumpuan TLDM dalam mengekalkan keharmonian perairan negara.
"Dalam bulan yang mulia ini, anggota TLDM menunaikan solat wajib dan sunat serta makan secara bergilir termasuk yang bertugas di anjungan, mengawasi radar atau di bilik jentera," katanya kepada Bernama.
Ahmad Kamarulzaman berkata ini kerana tugasan di samudera dalam kawasan operasi memerlukan tumpuan sepenuhnya bagi menjamin keselamatan maritim dan juga menentukan keselamatan kapal serta anak-anak kapal, dan untuk itu tiada kompromi diberikan walaupun berpuasa.
"Oleh itu, ibadah puasa yang merupakan tanggungjawab setiap umat Islam menunaikannya tidak sekali-kali menjadi penghalang operasi, tugasan serta tanggungjawab TLDM dalam menentukan keselamatan perairan negara kita," katanya.
Keadaan terkawal
Ditanya mengenai tahap keselamatan perairan negara, Ahmad Kamarulzaman berkata setakat ini keadaan adalah terkawal daripada sebarang ancaman musuh luar.
"Rakyat khususnya masyarakat maritim tidak perlu risau dan teruskan rutin seharian seperti biasa, sekiranya ada apa-apa yang mencurigakan boleh hubungi TLDM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia dan jadi Rakan Maritim," katanya.
Ahmad Kamarulzaman berkata inisiatif TLDM adalah untuk mendekati masyarakat supaya mereka menjadi 'mata dan telinga' pasukannya.
Sementara itu, Ketua Pengarah APMM Laksamana Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar menegaskan pemantauan berterusan di perairan negara tetap akan dijalankan pihaknya pada Ramadan ini.
Ahmad Puzi berkata sempena bulan Ramadan dan Syawal tahun ini, pihaknya melancarkan operasi khas 'Op Pagar Laut' beberapa minggu lalu, khusus bagi memantau pergerakan lanun mahupun nelayan asing yang berusaha menceroboh perairan negara.
"Mereka (nelayan asing dan lanun) mungkin beranggapan, kita akan kurangkan dari segi pemantauan pada bulan Ramadan dan Syawal, namun mereka salah kerana kami akan memperhebatkan lagi kawalan sepanjang perairan negara.
"Setakat ini perairan negara masih selamat walaupun terdapat beberapa kes kecil melibatkan nelayan asing yang cuba masuk ke negara ini...tindakan serta amaran telah diberikan supaya mereka tidak ceroboh perairan kita lagi," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata 40 aset APMM termasuk bot dan kapal bersiap siaga sepanjang tempoh berkenaan bagi memastikan perairan negara kekal selamat daripada sebarang pencerobohan oleh nelayan asing ataupun lanun.
Bernama
Tue Jun 14 2016

AHMAD KAMARULZAMAN: TLDM tetap meneruskan rondaan di laut 24 jam sehari setiap minggu walaupun dalam bulan Ramadan.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.

KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api
Keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan PDRM berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik.

TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
Arahan dibuat menggunakan Akta Pelaburan Kanada yang membenarkan semakan pelaburan asing yang boleh membahayakan keselamatan negara.

Menteri Korea Utara janji sokong penuh Rusia dalam perang di Ukraine
Menteri Luar Korea Utara Choe Son Hui berjanji untuk membantu Rusia dalam perang melawan Ukraine "sehingga hari kemenangan" semasa perbincangan dengan rakan sejawatnya Sergei Lavrov di Moscow.

Aset usang lemahkan pertahanan negara - Veteran
Arshad menegaskan, pemodenan aset ketenteraan perlu bagi mengekalkan keupayaan pertahanan yang kukuh dalam menghadapi ancaman semasa.

Ajaran Millah Abraham mahu tubuh kerajaan sendiri, berisiko ancam keselamatan
Ajaran sesat Millah Abraham yang didapati mempunyai barisan 'jemaah menteri' cukup berisiko mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf
Penganjuran sukan dapat memperkukuh kerjasama dalam memelihara keselamatan dan keamanan, kata Ketua Menteri Melaka.

PDRM kekalkan keselamatan negara di tahap terbaik sepanjang tahun lepas
PDRM berjaya mengekalkan situasi keselamatan negara pada tahap yang amat baik dan terkawal sepanjang tahun lepas.

Tony Pua dipanggil ke Bukit Aman esok bantu siasatan kes hina institusi raja
Polis Diraja Malaysia memanggil Tony Pua ke Bukit Aman esok untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kenyataan beliau yang didakwa menghina institusi diraja.

Mahkamah Rayuan mahu lihat laporan sulit kehilangan aktivis secara tertutup
Mahkamah Rayuan mahu kerajaan mengemukakan laporan sulit pasukan petugas khas berhubung kehilangan aktivis Amri Che Mat bagi membolehkan mahkamah menilai kandungan laporan itu.