Penutupan adalah menggunakan Akta Pelaburan Kanada yang membenarkan semakan pelaburan asing yang boleh membahayakan keselamatan negara.
Keputusan adalah berdasarkan maklumat dan bukti yang dikumpul sepanjang semakan dan atas nasihat komuniti keselamatan dan perisikan Kanada serta rakan kongsi kerajaan yang lain.
Walaupun operasi TikTok perlu ditutup, aplikasi masih boleh terus digunakan.
Wakil TikTok Kanada mengatakan penutupan operasi akan menyebabkan ratusan kakitangan kehilangan kerja.
Sementara itu di Amerika Syarikat, pentadbiran Presiden Biden memaksa Bytedance menutup perniagaan TikTok atau berhadapan dengan aplikasi diharamkan daripada beroperasi.
Seperti Kanada, Amerika juga menggunakan alasan risiko keselamatan negara.
TikTok telah menyaman kerajaan Amerika atas arahan penjualan yang diberikan kerana melanggar hak kebebasan bersuara.
Dengan Trump kini akan menjadi presiden Amerika yang ke 47 tahun depan, tidak diketahui sama ada ini akan diteruskan kerana beliau sebelum ini mengatakan TikTok perlu kekal bagi memberikan persaingan kepada Facebook.