PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mahu kerajaan mengemukakan laporan sulit pasukan petugas khas berhubung kehilangan aktivis Amri Che Mat bagi membolehkan mahkamah menilai kandungan laporan itu.
Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said, yang mengetuai panel tiga hakim membuat perintah itu bagi membolehkan mahkamah memutuskan sama ada kandungan laporan berkenaan akan membahayakan keselamatan negara dan polis.
Anggota panel hakim itu yang termasuk Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azizul Azmi Adnan, membuat perintah tersebut semasa prosiding rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam memberikan pelepasan terhad laporan yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 , kepada isteri Amri.
Terdahulu, Hakim Azizul berkata beliau dan panel hakim yang lain akan meneliti dokumen itu di kamar mereka tanpa kehadiran pihak-pihak terlibat.
"Ada sebabkah mengapa dokumen itu tidak boleh diberikan kepada kami untuk kami lihat secara tertutup tanpa mendedahkan dokumen itu kepada responden," soal beliau kepada Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly@Alwi yang mewakili kerajaan.
Ahmad Hanir berkata beliau akan mengemukakan dokumen itu hanya kepada hakim dan akan mematuhi prosedur di bawah Akta Rahsia Rasmi dalam mengendalikannya kepada hakim.
Hakim Kamaludin kemudian menetapkan 13 Dis untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan untuk rayuan.
Dalam prosiding hari ini yang dijalankan secara dalam talian, mahkamah mendengar hujah Ahmad Hanir bahawa Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila membuat perintah supaya pendedahan terhad laporan itu kepada isteri Amri, Norhayati Mohd Ariffin.
Beliau berkata Hakim Mahkamah Tinggi tidak membuat sebarang perintah supaya laporan itu dikemukakan kepadanya untuk beliau teliti.
Pada 9 Mei lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membenarkan permohonan semakan kehakiman Norhayati dan memerintahkan pelepasan terhad laporan itu kepadanya untuk menggunakannya dalam saman sivil yang difailkannya pada November 2019 terhadap 21 pihak termasuk kerajaan dan polis berhubung dakwaan kegagalan untuk menyiasat secara berkesan dakwaan penculikan suaminya.
Hakim itu juga mengeluarkan perintah supaya Norhayati dan peguamnya dilarang mendedahkan laporan itu kepada mana-mana pihak ketiga.
Peguam A. Surendra Ananth yang mewakili Norhayati memberitahu mahkamah bahawa perbicaraan saman sivil anak guamnya akan disambung semula pada 29 Feb tahun depan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023

Kamaludin Md Said, yang mengetuai panel tiga hakim membuat perintah itu bagi membolehkan mahkamah memutuskan sama ada kandungan laporan berkenaan akan membahayakan keselamatan negara dan polis. - Gambar fail/Bernama

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Serangan seksual: Hukuman penjara bapa dikurangkan kepada 10 tahun
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar lelaki itu menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali.

Sebabkan kematian Syed Muhammad Danial, lelaki kekal dipenjara 16 tahun
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 16 tahun terhadap seorang bekas pekerja teknologi maklumat kerana menyebabkan kematian pengurus bank Syed Muhammad Danial Syed Shakir.

Mahkamah kekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar kerana menyeludup 31 migran ke negara ini, lima tahun lepas.

Bekas pemandu bas sekolah gagal semak semula hukuman liwat
Panel hakim memutuskan tiada merit dalam permohonan semakan dan Kassim gagal menunjukkan kecuaian ketara oleh peguamnya sebelum ini.

Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.

Kes bunuh Nhaveen: Mahkamah Rayuan arah 4 individu bela diri
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan empat individu untuk membela diri atas pertuduhan asal membunuh T. Nhaveen di Pulau Pinang tujuh tahun lepas.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah Rayuan di Washington pada Khamis menghentikan sementara perjanjian antara individu yang didakwa sebagai dalang serangan 11 Sept 2001.

Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.

Mahkamah Rayuan tolak permohonan Trump tangguh jatuh hukuman
Ia berhubung sabitan dalam kes jenayah berkaitan bayaran 'duit menutup mulut' kepada seorang bintang lucah.