DALAM artikel yang lepas, saya telah kongsikan bahawa ‘cough CPR’ bukan kaedah tepat menangani serangan jantung seperti yang ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Hal ini bertepatan dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh beberapa badan dunia yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan seperti Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association - AHA) dan Resuscitation Council United Kingdom.
Sebagai salah seorang instruktor Basic Life Support yang diiktiraf oleh AHA, berikut saya kongsikan tip yang PRAKTIKAL untuk dilakukan ketika anda menghadapi serangan jantung apabila anda bersendirian, berdasarkan situasi berikut:
Situasi 1
Katakan anda berada di rumah, tiba-tiba anda merasa sesak nafas, dada berasa sakit dan sempit, jantung berdegup kencang dan sakit seperti diramas, perkara yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:
1- Bertenang dan jangan panik.
2- Cuba bernafas seperti biasa dan seselesa yang mungkin.
3- Dapatkan bantuan dengan kadar segera. Cara terbaik ialah cuba dapatkan bantuan dari jiran tetangga. JIKA tiada jiran yang terdekat, dapatkan bantuan dari 999.
4- Jika bantuan diperolehi daripada jiran, buat keputusan dengan kadar segera sama ada:
- anda ke hospital lebih cepat berbanding menunggu ambulans, maka cara terbaik ialah pergi ke hospital dengan bantuan jiran
- tapi jika ambulans boleh sampai ke rumah anda lebih cepat berbanding ke hospital, maka pastikan jiran membuat panggilan kecemasan ke 999 dan tunggu bersama-sama jiran sehingga ambulan sampai
- JANGAN sesekali memandu sendiri kerana anda boleh tidak sedarkan diri pada bila-bila masa
5- Jika anda telah disahkan menghidap sakit jantung oleh doktor dan diberikan ubat-ubatan tertentu seperti GTN (Glyceryl Trinitrate Tablets) atau ubat yang diletak di bawah lidah, sila makan atau gunakan ubat tersebut seperti arahan doktor.
6- Tunggu sehingga bantuan sampai dengan bernafas seperti biasa atau seselesa yang mungkin.
Jika anda bersendirian dan sedang menunggu ambulans di rumah sendiri, pastikan beberapa perkara berikut:
1- Maklumkan kepada pihak kecemasan bahawa anda bersendirian.
2- Jika ada ubat yg telah diberikan oleh doktor, makan seperti yang diarahkan.
3- Duduk di dalam rumah berhadapan dengan pintu utama.
4- Sebaiknya pintu tidak dikunci bagi memudahkan sebarang kerja menyelamat.
5- Jika sekiranya takut keselamatan nyawa terancam dan perlu untuk mengunci pintu, pastikan langsir tingkap tidak ditutup. Ini adalah bagi memudahkan anggota penyelamat yang sampai kemudian, untuk dapat melihat anda dan mengambil langkah yang perlu terutamanya jika anda tidak sedarkan diri.
6- Tunggu sehingga anggota penyelamat sampai dengan tenang, bernafas seperti biasa dan seselesa yang mungkin.
7- INGAT!!! Jangan sesekali baring di bilik atau di tingkat atas dan tempat-tempat lain yang menyebabkan anda tidak boleh dilihat, kerana ini akan menyebabkan pasukan penyelamat yang sampai berfikir anda telah ke hospital jika mereka sampai tetapi tiada yang menjawab sebarang panggilan mereka (jika anda tidak sedarkan diri sementara menunggu pasukan penyelamat).
Situasi 2
Anda berada di dalam kenderaan, apabila anda merasakan kesakitan yg sama seperti Situasi 1 dan anda sedang memandu, lakukan perkara berikut:
1- Bertenang dan jangan panik.
2- Cuba bernafas seperti biasa dan seselesa yang mungkin.
3- Hentikan kereta anda di tempat yang selamat secepat yang mungkin.
4- Jika anda berada di jalan yang sesak (banyak kenderaan yang lain melalui jalan yang sama), cara terbaik ialah dapatkan bantuan dari mereka untuk mendapatkan bantuan kecemasan (sama seperti Situasi 1, buat keputusan secepat mungkin samada ke hospital lagi cepat atau tunggu ambulans).
5- Jika anda berseorangan iaitu di jalan yang sunyi, telefon 999 dan berikan maklumat yang sepatutnya seperti lokasi, keadaan anda, jenis, warna dan nombor pendaftaran kenderaan.
6- Jika ada ubat yang telah diberikan oleh doktor, makan seperti yang diarahkan.
7- Tunggu ketibaan pasukan penyelamat di dalam kereta. Sebaiknya jangan kuncikan kenderaan anda. Namun jika ianya tidak selamat untuk berbuat demikian, pastikan tingkap kenderaan tidak ditutup sepenuhnya. Ini akan memudahkan anggota kecemasan untuk melakukan aktiviti menyelamat.
8- JANGAN berubah lokasi dari lokasi asal yang telah dimaklumkan kepada pasukan penyelamat kerana ia akan menyukarkan usaha menyelamat.
9- JANGAN sesekali teruskan pemanduan kerana jika anda memang sedang menghadapi serangan jantung, anda akan tidak sedarkan diri pada bila-bila masa seterusnya boleh menyebabkan anda terlibat dengan kemalangan.
INGAT !!! Lebih cepat anda mendapatkan bantuan kecemasan, maka lebih tinggi peluang untuk anda terus hidup.
Kongsikan maklumat ini dengan semua orang yang anda sayangi supaya anda dapat membantu mereka menyelamatkan NYAWA.
* Ts. Mohd Soffian Osman merupakan Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy Sdn Bhd
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Ts Mohd Soffian Osman
Sat Dec 21 2019
Jangan sesekali memandu sendiri kerana anda boleh tidak sedarkan diri pada bila-bila masa. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.
Menteri Luar Poland hormati pendirian Malaysia, kekal sikap neutral dan tidak memihak
Menteri Luar Poland, Radoslaw Sikorski menghormati pendirian Malaysia dan ASEAN yang teguh dengan sikap neutral dan tidak memihak berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.