Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan berkompromi dengan pengusaha makanan di ibu kota yang gagal mematuhi larangan penggunaan polisterin berkuatkuasa 1 Sept lepas.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata DBKL akan mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan notis amaran dan kompaun malah tidak teragak-agak menarik semula lesen perniagaan mereka terbabit.
"Bulan ini kita giat adakan pemantauan, kita tanya dia apa masalah (kenapa masih guna polisterin), kita sudah beri cukup ruang dan masa kepada mereka.
"Kementerian juga telah berbincang dengan pihak pembekal produk pembungkusan bahan biodegradasi supaya menawarkan harga borong, jadi sepatutnya tiada lagi alasan diberi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival GERAH SPRM-DBKL dan Pelepasan Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 di sini pada Ahad.
Kompaun maksimum RM2,000 akan dikenakan kepada peniaga dan penjaja di Wilayah Persekutuan yang menggunakan bungkusan plastik dan polisterin bermula 1 September lepas.
Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata DBKL juga sedang meneliti kesesuaian membenarkan servis sewa dan tunggang basikal yang disediakan syarikat swasta di ibu kota.
"Kita sedang lihat business model mereka, kita mahu pastikan dahulu ia betul- betul selamat kepada pengguna dan tiada unsur meragukan dari segi sistem bayaran dan perkhidmatan, " katanya.
Tengku Adnan berkata pada masa sama pihaknya juga sedang mengkaji untuk menambah infrustruktur diperlukan seperti laluan berbasikal baharu dalam menggalakkan gaya hidup sihat tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2017
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata DBKL akan mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan notis amaran dan kompaun malah tidak teragak-agak menarik semula lesen perniagaan mereka terbabit. - Gambar fail
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
Ada paip pecah di Jalan Sultan Ismail, bukan lubang benam - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan berlaku tanah mendap atau lubang benam di Jalan Sultan Ismail seperti tular di media sosial.
DBKL akan suburkan industri kreatif bernilai ekonomi dengan bakat tempatan - Datuk Bandar
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memberi tumpuan khusus untuk membangunkan platform yang boleh dimanfaatkan oleh artis dan penggiat industri kreatif tempatan.
Penduduk Jinjang Selatan Tambahan tercicir pampasan rumah, rayu DBKL bertindak
Gabungan Isu Perumahan dan Pampasan Jinjang Selatan Tambahan mendesak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera menyelesaikan tuntutan isu perumahan dan pampasan pengosongan tanah.
Kerja baik pulih kawasan Masjid India giat dijalankan - DBKL
DBKL turut memaklumkan berhubung penutupan sebahagian Jalan Masjid India sepanjang 160m dari Wisma Yakin hingga Bit Polis Jalan Masjid India.
Tanah jerlus Masjid India: DBKL akan pasang pengadang, jamin keselamatan pengunjung
DBKL akan memasang pengadang di kawasan sekitar lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India, yang mengakibatkan seorang wanita warga India, G Vijaya Lakshmi terjatuh pada 23 Ogos lalu.
Tanah jerlus Masjid India: Korekan ‘manual shoring’ gagal temui petunjuk baharu - DBKL
Aktiviti korekan yang dijalankan secara manual shoring itu bagaimanapun gagal menemukan sebarang petunjuk baharu.
Peniaga Jalan Masjid India berhasrat bincang dengan kerajaan isu keselamatan
Persatuan peniaga di Jalan Masjid India, di sini berhasrat bertemu dengan agensi kerajaan berkaitan bagi membincangkan isu keselamatan dan masa depan perniagaan mereka susulan insiden tanah jerlus.
Pasar Malam Jalan TAR ditutup esok bagi operasi SAR di Jalan Masjid India
Pasar Malam Lorong Tuanku Abdul Rahman esok akan ditutup sepenuhnya bagi memberi laluan kepada operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Tanah jerlus Masjid India: DBKL pantau kawasan terlibat dengan teliti - PM Anwar
Perdana Menteri berkata DBKL akan terus memantau dengan teliti kawasan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Tanah jerlus: JBPM kesan objek terhalang, operasi SAR diteruskan pada 2 pagi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesan halangan berupa objek yang tersekat di antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua iaitu terletak kira-kira 80 meter.