KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memberi tumpuan khusus untuk membangunkan platform yang boleh dimanfaatkan oleh artis dan penggiat industri kreatif tempatan. 


Ringkasan AI
  • DBKL akan membangunkan platform khusus untuk artis dan penggiat industri kreatif tempatan bagi menyuburkan ekonomi industri kreatif.
  • Datuk Bandar Kuala Lumpur menekankan keperluan menyediakan ruang dan pengiktirafan untuk artis tempatan yang berbakat, yang sering dilamar oleh negara lain.
  • DBKL akan menggalakkan penggunaan teknologi yang diadunkan dengan kesenian tempatan untuk mempromosikan seni kontemporari, seperti karya bermotifkan Sarawak.


Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata usaha ini untuk menyuburkan ekonomi industri kreatif dengan memanfaatkan bakat-bakat sedia ada. 

“Dimaklumkan ada artis-artis kita yang telah dilamar oleh Singapura dan negara lain sedangkan mereka dari Malaysia. Mungkin itu menunjukkan bahawa mereka ada nilai, cuma mereka memerlukan satu platform, ruang dan pengiktirafan. 

“Saya sebagai Datuk Bandar, kita telah bincang untuk menyediakan satu ruang untuk menghimpunkan artis-artis ini dan dibuat satu program untuk mempromosikan industri kreatif di Kuala Lumpur, yang ada nilai-nilai ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.


DBKL akan suburkan industri kreatif bernilai ekonomi dengan bakat tempatan – Datuk Bandar


Tambah Maimunah, usaha untuk menggalakkan penggunaan teknologi yang diadunkan bersama ciri-ciri kesenian tempatan juga tindakan yang akan diusahakan oleh DBKL melalui platform yang akan diwujudkan itu.

"Kita perlu tahu asal usul untuk kita ceburi seni kontemporari seperti yang kita dapat lihat dalam karya bermotifkan Sarawak. Dengan menggunakan teknologi dan komputer untuk menjadikan ia seni kontemporari. Saya rasa ramai artis-artis ini, cuma mereka perlukan platform,” ujarnya.


Agenda AWANI: Kreatif KL | Ini jiwa ibu kota