KUALA LUMPUR: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus telah membuat korekan di manhole 1 pada Jumaat malam.


Ringkasan AI
  • Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjalankan korekan di manhole 1 pada Jumaat malam untuk mencari mangsa tanah jerlus.
  • Korekan manual dengan kedalaman kira-kira dua meter tidak menemukan sebarang petunjuk baharu, walaupun alat Ground Penetrating Radar (GPR) mengesan kemungkinan objek di bawah tanah.
  • Kerja-kerja korekan dihentikan pada jam 10.30 malam tadi.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, aktiviti korekan yang dijalankan secara manual shoring itu bagaimanapun gagal menemukan sebarang petunjuk baharu.

Korekan dengan kedalaman kira-kira dua meter pada skala kecil itu dibuat selepas alat Ground Penetrating Radar (GPR) mengesan kemungkinan terdapat objek (anomaly) berada satu meter di bawah tanah dalam kawasan ground zero.

Kerja-kerja korekan dihentikan jam 10.30 malam tadi.