Ia susulan tular video berdurasi 10 saat pada Isnin memaparkan keadaan jalan seakan mendap dengan pasukan bomba berada di lokasi bagi memantau keadaan.
Jalan menghala ke Jalan Raja Chulan itu ditutup kepada kenderaan menerusi pita kuning yang dipasang di lokasi kejadian.
DBKL dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, jalan itu ditutup susulan kejadian paip pecah.
“Hasil siasatan mendapati terdapat paip Air Selangor yang telah pecah dan menyebabkan kerosakan pada permukaan jalan. Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan oleh pihak Air Selangor,” katanya.
DBKL memaklumkan proses baik pulih itu akan mengambil masa dengan jangkaan siap sepenuhnya jam 5 pagi pada Selasa.