Laporan awal Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berhubung kebakaran dan letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) dekat Kota Tinggi Johor, dijangka diterima Kementerian Sumber Manusia petang ini.
Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Mahfuz Omar berkata pihak JKKP Johor telah mengarahkan pasukannya memulakan proses siasatan dan pemeriksaan awal kejadian yang dilapor pada pukul 1.20 pagi itu.
"Setakat ini belum dapat maklum balas, mungkin petang ini dapat laporan awal... apa-apa tindakan yang perlu diambil akan diputuskan berdasarkan 'recommendation' daripada JKKP Johor," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penutupan Operasi Cegah Jatuh dan Cegah Runtuh di Tapak Pembinaan, di sini hari ini.
BACA: JKKP Johor arah pegawai siasat kejadian letupan, kebakaran di Pengerang
Dalam kejadian kebakaran dan letupan di tapak projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang itu, dua lelaki tempatan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira setengah jam selepas kejadian.
BACA: Petronas sahkan letupan, kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang
Sementara itu, Mahfuz berkata sebanyak 479 tapak pembinaan di seluruh negara telah diperiksa dalam operasi sebulan yang bermula 1 Mac lepas dengan tumpuan kepada aktiviti kerja di tempat tinggi dan kerja-kerja konkrit di kawasan pembinaan.
"JKKP juga menggunakan dron bagi meninjau keadaan dan pematuhan aktiviti pembinaan di tempat tinggi seperti tepian terbuka dan operasi kren menara,'" katanya.
BACA: Menggeletar kaki dengar letupan, bumbung rumah pun bergegar! - Netizen
Mahfuz berkata hasil daripada operasi itu, JKKP mengeluarkan 719 surat arahan terhadap pelbagai kesalahan; 2,160 notis pembaikan dan larangan; menyita 1,131 tapak pembinaan; mengeluarkan 864 kompaun; dan 128 tapak pembinaan pula berhadapan tindakan pendakwaan mahkamah.
Setakat 2019, terdapat 18,000 tapak pembinaan yang berdaftar dengan JKKP.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 12 2019
![Tindakan diambil selepas laporan JKKP Johor diterima - Mahfuz Tindakan diambil selepas laporan JKKP Johor diterima - Mahfuz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41521101603_MahfuzOmar.jpg)
MAHFUZ: Apa-apa tindakan yang perlu diambil akan diputuskan berdasarkan 'recommendation' daripada JKKP Johor. - Gambar fail
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pendaki Amerika Syarikat cedera tergelincir di Gunung Kinabalu Pendaki Amerika Syarikat cedera tergelincir di Gunung Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720757333_PendakiwargaAmerik.jpg)
Pendaki Amerika Syarikat cedera tergelincir di Gunung Kinabalu
Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) cedera bahagian pinggang selepas tergelincir ketika menuruni Gunung Kinabalu dalam kejadian di Kilometer 6.7, di sini pada Khamis.
![Pegawai bomba cedera jatuh dalam air bercampur minyak panas Pegawai bomba cedera jatuh dalam air bercampur minyak panas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720421900_Pegawaibombacedera.jpg)
Pegawai bomba cedera jatuh dalam air bercampur minyak panas
Seorang pegawai bomba cedera selepas terjatuh dalam air bercampur minyak panas ketika operasi memadam kebakaran di Kuantan.
![6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol 6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720276393_TBpamplona.jpg)
6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol
Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad.
![2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS 2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720236983_FourthofJulyViole.jpg)
2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS
Pegawai polis mendapati beberapa mangsa mengalami kecederaan parah sejurus tiba di tempat kejadian.
![Pemandu, kelindan cedera lori rempuh belakang treler muatan batu kerikil Pemandu, kelindan cedera lori rempuh belakang treler muatan batu kerikil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720143561_tblorirempuh.jpg)
Pemandu, kelindan cedera lori rempuh belakang treler muatan batu kerikil
Kejadian berlaku sekitar jam 1.46 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya diatur gerak ke lokasi.
![Gelora udara: 'Kami fikir akan mati' - Penumpang Air Europa kongsi pengalaman ngeri Gelora udara: 'Kami fikir akan mati' - Penumpang Air Europa kongsi pengalaman ngeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719956666_Passengersgetoff.jpg)
Gelora udara: 'Kami fikir akan mati' - Penumpang Air Europa kongsi pengalaman ngeri
Ada penumpang Air Europa tercampak sehingga ruang bagasi atas kepala akibat kejadian gelora udara.
![10 cedera, dua selamat dalam kemalangan libat tiga kereta 10 cedera, dua selamat dalam kemalangan libat tiga kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719758388_nahaslibattigaker.jpg)
10 cedera, dua selamat dalam kemalangan libat tiga kereta
Sebanyak 10 individu cedera manakala dua selamat dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di kawasan Batu Melintang menghala ke Bukit Gerik, Jeli, petang tadi.
![Empat maut, 120 cedera gempa bumi di timur Iran Empat maut, 120 cedera gempa bumi di timur Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714288545_GempaBumiGeneric.jpg)
Empat maut, 120 cedera gempa bumi di timur Iran
Gempa bumi berukuran 5.0 pada skala Richter dengan kedalaman enam kilometer berlaku pada 1.24 tengah hari waktu tempatan.
![Lelaki maut, motosikal terbabas rempuh papan tanda Lelaki maut, motosikal terbabas rempuh papan tanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718745340_TBMAUTIPOH.jpg)
Lelaki maut, motosikal terbabas rempuh papan tanda
Mangsa warga tempatan berusia 27 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
![EURO 2024: Hidung Mbappe patah, bakal terlepas aksi seterusnya? EURO 2024: Hidung Mbappe patah, bakal terlepas aksi seterusnya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718671951_KylianMbappe.jpg)
EURO 2024: Hidung Mbappe patah, bakal terlepas aksi seterusnya?
Mbappe meronta kesakitan selepas disedari oleh penjaga gol Austria yang kemudiannya dirawat oleh pakar perubatan Perancis.