NEW YORK: Sekurang-kurangnya 11 orang cedera semalaman dalam kejadian tembakan rambang di luar sebuah kelab malam di daerah Queens di New York City, menurut laporan media tempatan yang memetik polis dan sumber, lapor Xinhua.

Tembakan berlaku berhampiran kelab malam Amazura sejurus sebelum 11.20 malam Rabu waktu tempatan (0420 GMT Khamis), menurut laporan itu.

Kesemua mangsa telah dihantar ke hospital berdekatan dengan tiada seorang pun dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Polis kini sedang mengesan sebuah Infiniti berwarna kelabu berhubung tembakan itu.

-- BERNAMA