KEMENANGAN Paris Saint-Germain (PSG) 4-2 ke atas Monaco dicemari dengan insiden mengerikan apabila penjaga gol, Gianluigi Donnarumma, menerima kecederaan serius selepas kesalahan yang dilakukan Wilfried Singo, awal pagi tadi.

Penjaga gawang kebangsaan Itali itu menerima rawatan cemas di bahagian muka selepas dipijak oleh penyerang Monaco itu di Stade Louis II.

Pemain berusia 25 tahun itu memerlukan rawatan perubatan berikutan perlanggaran itu, tetapi akhirnya terpaksa dikeluarkan pada minit ke-22 untuk digantikan oleh Matvei Safonov.

Donnarumma keluar daripada padang selepas dirawat oleh kakitangan perubatan PSG.


Insiden antara Gianluigi Donnarumma dan Wilfried Singo ketika perlawanan Ligue 1 antara AS Monaco dan Paris St Germain di Stade Louis II, Monaco, 18 Dis 2024. REUTERS