Tiga wanita warga emas rentung dalam satu kebakaran di sebuah tokong Cina di Kampung Baru Air Panas, Setapak di sini, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa berusia 60 hingga 65 tahun ditemui dalam keadaan rentung oleh anggota bomba.
"Mangsa dipercayai terperangkap dan gagal mencari jalan keluar, kesemua mereka adalah warga tempatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Polis berkata dua mangsa dipercayai adalah sami di tokong itu, manakala seorang lagi wanita dipercayai rakan mereka.
"Siasatan awal mendapati kebakaran itu dipercayai bermula dari bahagian tengah tokong berkenaan," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.11 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira lapan minit kemudian.
"Seramai 49 anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Wangsa Maju, Hang Tuah dan KLCC telah dihantar ke lokasi kejadian.
"Kita mengambil masa selama satu jam untuk mengawal kebakaran dan berjaya mengawal api dari merebak ke kawasan rumah setinggan yang berada berhampiran tokong berkenaan," katanya.
Azizan berkata pihaknya masih belum mengenalpasti punca kebakaran itu.
Bernama
Sat Sep 05 2015

Azizan berkata pihaknya masih belum mengenalpasti punca kebakaran itu.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Lebih 50 penduduk dipindahkan dalam insiden tanah runtuh di Pasir Mas
Proses pemindahan penduduk melibatkan 50 penghuni daripada 20 keluarga bermula 5.30 pagi. Dua PPS dibuka.

Main air banjir berkumpulan di Pasir Mas, Rantau Panjang boleh dikompaun RM1,000
Surat pemakluman mengenai tindakan kompaun itu sudah dihantar kepada Ketua Jajahan Pasir Mas, dan pihak berkuasa tempatan untuk pelaksanaan.

Polis trafik kemalangan bertembung dengan treler
Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Honda CBX750P sedang dalam perjalanan dari Rantau Panjang ke Jeli.

Kebakaran tahfiz: Polis sambung reman tujuh suspek
Polis akan memohon menyambung reman tujuh suspek bagi membantu siasatan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Pelajar ditahan rakam video dalam asrama pelajar wanita
Pelajar berumur 20 tahun itu ditahan kira-kira 6.30 petang selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang penghuni asrama.

Guru sekolah agama parah ditikam anak lelaki - Polis
Seorang guru sekolah agama cedera parah ditikam oleh anak lelakinya yang dipercayai mengalami masalah mental di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Rejang, Setapak di sini, malam tadi.

Polis buru dua lelaki berhubung kes culik kanak-kanak di Sentul
Polis sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes culik seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia di Kampung Padang Balang, Sentul di sini petang tadi.

Remaja perempuan antara lapan ditahan kes samun dalam lif
Polis menahan lapan individu termasuk seorang remaja perempuan dipercayai terlibat dalam kes samun dalam lif sebuah kondominium di Setapak pada 17 Okt lalu.

Tiga wanita warga emas maut dalam kebakaran di Setapak
Tiga wanita warga emas rentung dalam satu kebakaran di sebuah tokong Cina di Kampung Baru Air Panas, Setapak di sini, awal pagi ini.