Seorang guru sekolah agama cedera parah ditikam oleh anak lelakinya yang dipercayai mengalami masalah mental di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Rejang, Setapak di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, Khariah Hashim, 49, yang merupakan guru wanita Sekolah Rendah Agama Al Amin di sini, ditemui terbaring di lantai tingkat bawah rumah dalam keadaan berlumuran darah.
Mangsa yang cedera parah dengan kesan tikaman di bahagian perut selain kesan kelar di dahi, ditemui oleh dua lagi anak lelakinya yang baharu pulang dari taman permainan berhampiran.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata menurut mangsa, anaknya yang berusia 21 tahun telah menikam dan mencederakannya.
"Seorang lagi saksi iaitu anak lelaki mangsa berusia 14 tahun yang berada di tempat kejadian ketika insiden, menyatakan bahawa dia nampak suspek menikam mangsa," katanya di sini, hari ini.
"Polis turut menemui sebilah pisau berukuran 45sm di lokasi kejadian. Suspek telah melarikan diri," katanya sambil menambah mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Mohamad Roy berkata menurut ayah suspek, anaknya merupakan pesakit mental yang memegang kad psikiatri, dan tidak mengambil ubat penyakit itu sejak dua minggu lepas.
"Usaha mengesan suspek giat diteruskan," katanya.
Bernama
Tue Feb 09 2016

Mangsa yang cedera parah dengan kesan tikaman di bahagian perut selain kesan kelar di dahi, ditemui oleh dua lagi anak lelakinya yang baharu pulang dari taman permainan berhampiran. - Gambar fail

Dewan Negara lulus usul Junjung Kasih Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

USD700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low tanpa kelulusan Lembaga Pengarah - Saksi
Bekas pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) R. Rajagopal berkata tiada kelulusan Lembaga Pengarah diperoleh bagi memindahkan USD700 juta dana syarikat itu kepada Good Star Limited.

Pelaporan korporat yang berkualiti dorong keyakinan pelabur - Abdul Wahid
Pelaporan korporat yang berkualiti memberi impak ketara terhadap keyakinan pelabur, memudah cara pertumbuhan perniagaan dan sekali gus menyumbang kepada kemajuan ekonomi secara keseluruhannya.
Bina Semula Gaza: Pelaksanaan pelan Negara Arab berdepan pelbagai ketidaktentuan - Penganalisis
Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff dan Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor menegaskan pelaksanaan pelan pembangunan Gaza oleh Negara Arab berdepan ketidaktentuan sumber dana. Bahkan, Pensyarah Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim menjelaskan Mesir sendiri tidak akan menerukan pelan terbabit tanpa restu Amerika Syarikat #DialogTigaPenjuru

MA63: Kerajaan MADANI selesai tunai sembilan tuntutan setakat ini - Fadillah
Kerajaan MADANI berjaya menyelesaikan sembilan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) setakat ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pasaran getah ditutup rendah susulan prestasi lemah niaga hadapan serantau
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini susulan petunjuk lemah daripada pasaran serantau dan kemerosotan harga minyak, kata seorang peniaga.
Dialog Tiga Penjuru: Pelan Pembangunan Semula Gaza: ‘Liga Arab Vs Trump
Apa cabaran dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab sebagai penolakan terhadap rancangan awal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengusir penduduk Palestin melalui projek ‘Riviera Timur Tengah’? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam.

FBM KLCI ditutup tinggi melantun semula daripada penurunan 5 hari
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) muncul sebagai indeks yang mencatatkan prestasi tertinggi di rantau ini hari ini, meningkat 1.69 peratus apabila melantun semula daripada penurunan lima hari.
Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
EdgeWood Residences tawar konsep ‘Healthy Home’
Pembangun hartanah terkemuka, SkyWorld Development Berhad, memperkenalkan SkyWorld Healthy Home – prinsip reka bentuk inovatif yang menggabungkan strategi pasif, teknologi pintar dan ciri mesra alam untuk persekitaran hidup yang lebih sihat dan selesa.
Bagi memberi pengalaman secara langsung, SkyWorld menganjurkan lawatan eksklusif ke EdgeWood Residences.
Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, cetusan pembangunan ini untuk memberi keseimbangan antara alam semula jadi dan kehidupan bandar bagi mempromosi gaya hidup lebih sihat.
Bagi memberi pengalaman secara langsung, SkyWorld menganjurkan lawatan eksklusif ke EdgeWood Residences.
Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, cetusan pembangunan ini untuk memberi keseimbangan antara alam semula jadi dan kehidupan bandar bagi mempromosi gaya hidup lebih sihat.

Guru sekolah agama parah ditikam anak lelaki - Polis
Seorang guru sekolah agama cedera parah ditikam oleh anak lelakinya yang dipercayai mengalami masalah mental di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Rejang, Setapak di sini, malam tadi.