Polis menahan lapan individu termasuk seorang remaja perempuan dipercayai terlibat dalam kes samun dalam lif sebuah kondominium di Setapak pada 17 Okt lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata semua suspek berumur antara 16 dan 33 tahun.
Dalam kejadian itu, dua lelaki menaiki lif di tingkat 7 sebelum menyerang seorang wanita berusia 23 tahun menggunakan siku sebelum merampas beg tangan mangsa yang menaiki lif ke rumahnya di tingkat lapan.
"Susulan itu, polis menahan empat lelaki dan seorang remaja perempuan di sebuah hotel di Jalan Kampung Batu 5, Jalan Ipoh semalam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju pada Khamis.
Mohamad Roy berkata seorang daripada individu yang ditahan itu mempunyai kaitan dengan kes samun wanita di dalam lif itu selain memiliki empat rekod jenayah serta tiga rekod individu dikehendaki di Selayang dan Gombak.
"Turut dirampas sebuah motosikal jenis 125Z yang dilaporkan hilang di Jinjang," kata Mohamad Roy.
Beliau berkata susulan itu, seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan di Taman Setapak Indah pada kira-kira 12.40 tengah hari Rabu.
"Suspek dipercayai memandu kereta Honda CRV pada hari kejadian," katanya sambil menambah polis merampas kereta jenis Suzuki Swift serta dua set nombor pendaftaran palsu.
Polis turut menahan dua lagi individu berumur 26 dan 33 tahun dalam operasi berasingan di Taman Sri Ukay dan Ukay Perdana kira-kira 4 petang hari yang sama.
"Semua suspek yang ditahan tidak bersekolah dan tidak bekerja," kata Mohamad Roy yang turut memberitahu mereka positif ujian air kencing bagi dadah jenis syabu.
Bernama
Fri Oct 30 2015

Polis menahan lapan individu termasuk seorang remaja perempuan dipercayai terlibat dalam kes samun dalam lif sebuah kondominium di Setapak pada 17 Okt lalu. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

KPDN tahan dua pemilik restoran salah guna minyak masak bersubsidi
KPDN Kuala Lumpur menahan dua pemilik restoran berkonsepkan Asia Selatan kerana disyaki menyalahgunakan minyak masak bersubsidi.

Lima kedai musnah terbakar
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran berkenaan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Proses pelbagai jenis dadah: Lima wanita, 10 lelaki ditahan
Lima wanita antara 15 warga tempatan yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti menjual dan memproses pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM300,000 di sekitar ibu kota.

PKP Penuh: Polis Gombak tambah dua SJR di Jalan Ipoh-Rawang
Ini menjadikan jumlah SJR di bawah pentadbiran IPD Gombak sebanyak lapan lokasi, iaitu empat statik dan empat mobil.

Kanak-kanak perempuan maut dipercayai didera pengasuh
Hasil pemeriksaan fizikal mendapati terdapat kesan calar serta lebam pada beberapa bahagian badan dan kaki mangsa.

Akibat salah faham, pergaduhan keluarga jadi besar
Bermula dengan 10 lelaki yang bergaduh sesama ahli keluarga, melarat kepada 10 lelaki lain yang cuba meleraikan pergaduhan.

Sudah curi kereta, mahu rempuh polis pula
Gara-gara cuba mengelak daripada ditahan polis, seorang lelaki ditembak di tangan selepas cuba merempuh anggota polis di Jalan Ipoh, Jinjang, di sini pada Khamis.

Banjir kilat di Jalan Ipoh, lima kereta terperangkap
Hujan lebat berterusan di ibu negara malam tadi telah mengakibatkan Jalan Ipoh berhadapan Bank Rakyat, Sentul di sini mengalami banjir kilat dan menyebabkan lima kereta terperangkap.

Lelaki maut ditembak, lima cedera ketika makan di Jalan Ipoh
Seorang lelaki maut manakala lima rakannya cedera selepas ditembak dari jarak dekat di Jalan Ipoh di sini awal pagi ini.