Seorang lelaki maut manakala lima rakannya cedera selepas ditembak dari jarak dekat di Jalan Ipoh di sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi tadi, keenam-enam lelaki tersebut sedang makan di sebuah restoran sebelum dihampiri seorang lelaki menaiki Perodua Myvi.
"Suspek kemudiannya melepaskan tujuh das tembakan ke arah semua mangsa menggunakan pistol jenis semi-auto sebelum melarikan diri menaiki kereta tersebut yang dipandu seorang lagi suspek.
"Setakat ini, jumlah suspek yang berada di dalam kereta itu tidak dapat dipastikan," katanya kepada pemberita hari ini.
Katanya, keenam-enam mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun seorang daripada mangsa berumur 38 tahun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di HKL manakala lima lagi dimasukkan ke unit kecemasan HKL.
Kesemua mangsa berusia antara 22 hingga 51 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian tangan, kaki, bahu dan pipi.
Polis turut menjumpai tujuh kelongsong peluru dipercayai daripada pistol yang digunakan oleh suspek dan motif kejadian itu masih disiasat.
Zakaria berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membunuh.
Bernama
Sat May 10 2014

Lelaki maut ditembak, lima cedera ketika makan di Jalan Ipoh

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

KPDN tahan dua pemilik restoran salah guna minyak masak bersubsidi
KPDN Kuala Lumpur menahan dua pemilik restoran berkonsepkan Asia Selatan kerana disyaki menyalahgunakan minyak masak bersubsidi.

Lima kedai musnah terbakar
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran berkenaan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Proses pelbagai jenis dadah: Lima wanita, 10 lelaki ditahan
Lima wanita antara 15 warga tempatan yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti menjual dan memproses pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM300,000 di sekitar ibu kota.

PKP Penuh: Polis Gombak tambah dua SJR di Jalan Ipoh-Rawang
Ini menjadikan jumlah SJR di bawah pentadbiran IPD Gombak sebanyak lapan lokasi, iaitu empat statik dan empat mobil.

Kanak-kanak perempuan maut dipercayai didera pengasuh
Hasil pemeriksaan fizikal mendapati terdapat kesan calar serta lebam pada beberapa bahagian badan dan kaki mangsa.

Akibat salah faham, pergaduhan keluarga jadi besar
Bermula dengan 10 lelaki yang bergaduh sesama ahli keluarga, melarat kepada 10 lelaki lain yang cuba meleraikan pergaduhan.

Sudah curi kereta, mahu rempuh polis pula
Gara-gara cuba mengelak daripada ditahan polis, seorang lelaki ditembak di tangan selepas cuba merempuh anggota polis di Jalan Ipoh, Jinjang, di sini pada Khamis.

Banjir kilat di Jalan Ipoh, lima kereta terperangkap
Hujan lebat berterusan di ibu negara malam tadi telah mengakibatkan Jalan Ipoh berhadapan Bank Rakyat, Sentul di sini mengalami banjir kilat dan menyebabkan lima kereta terperangkap.

Lelaki maut ditembak, lima cedera ketika makan di Jalan Ipoh
Seorang lelaki maut manakala lima rakannya cedera selepas ditembak dari jarak dekat di Jalan Ipoh di sini awal pagi ini.