Gara-gara cuba mengelak daripada ditahan polis, seorang lelaki ditembak di bahagian tangan selepas cuba merempuh anggota polis di Jalan Ipoh, Jinjang, di sini pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah, pihaknya menerima maklumat pada pukul 6.30 petang berkenaan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di lokasi kejadian yang menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda CX-5.
Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis telah pergi ke lokasi kejadian dan terserempak dengan suspek sebelum menunjukkan kad kuasa.
Bagaimanapun suspek tiba-tiba memecut kenderaan yang dipandunya ke jalan mati sebelum tayar kereta tersebut ditembak polis.
Suspek terus bertindak mengundur kenderaan dengan laju sehingga hampir melanggar dua anggota polis di belakang yang sempat mengelak.
Anggota di lokasi bagaimanapun menjerit 'polis' sebanyak enam kali namun tidak diendahkan suspek yang cuba merempuh dengan kenderaan tersebut, sebelum merempuh sebuah lagi kenderaan lain jenis Perodua Myvi di kawasan itu.
Salah seorang anggota polis di tempat kejadian bertindak melepaskan tembakan ke arah kenderaan suspek dan terkena tangan kanan lelaki terbabit.
Suspek ditahan sebelum dihantar ke hospital berhampiran untuk dirawat.
Siasatan awal mendapati suspek berusia 30-an itu mempunyai 11 rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis.
Saringan air kencing mendapati suspek positif dadah.
Kenderaan yang dinaiki suspek juga merupakan kenderaan curi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam.
Fareez Azman
Fri Dec 13 2019
![Sudah curi kereta, mahu rempuh polis pula Sudah curi kereta, mahu rempuh polis pula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41576213934_TBLANGGAR.jpg)
Suspek terus bertindak mengundur kenderaan dengan laju sehingga hampir melanggar dua anggota polis. - Foto ihsan polis
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![KPDN tahan dua pemilik restoran salah guna minyak masak bersubsidi KPDN tahan dua pemilik restoran salah guna minyak masak bersubsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41656927560_Isuminyakmasakpek.jpg)
KPDN tahan dua pemilik restoran salah guna minyak masak bersubsidi
KPDN Kuala Lumpur menahan dua pemilik restoran berkonsepkan Asia Selatan kerana disyaki menyalahgunakan minyak masak bersubsidi.
![Lima kedai musnah terbakar Lima kedai musnah terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673474792_KedaiTerbakar.jpg)
Lima kedai musnah terbakar
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran berkenaan dan punca kejadian masih dalam siasatan.
![Proses pelbagai jenis dadah: Lima wanita, 10 lelaki ditahan Proses pelbagai jenis dadah: Lima wanita, 10 lelaki ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641560115_TBACPBEH.jpg)
Proses pelbagai jenis dadah: Lima wanita, 10 lelaki ditahan
Lima wanita antara 15 warga tempatan yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti menjual dan memproses pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM300,000 di sekitar ibu kota.
![PKP Penuh: Polis Gombak tambah dua SJR di Jalan Ipoh-Rawang PKP Penuh: Polis Gombak tambah dua SJR di Jalan Ipoh-Rawang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71622496151_SEKATANJALANRAYA.jpg)
PKP Penuh: Polis Gombak tambah dua SJR di Jalan Ipoh-Rawang
Ini menjadikan jumlah SJR di bawah pentadbiran IPD Gombak sebanyak lapan lokasi, iaitu empat statik dan empat mobil.
![Kanak-kanak perempuan maut dipercayai didera pengasuh Kanak-kanak perempuan maut dipercayai didera pengasuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61609638617_ACPBehEngLai.jpg)
Kanak-kanak perempuan maut dipercayai didera pengasuh
Hasil pemeriksaan fizikal mendapati terdapat kesan calar serta lebam pada beberapa bahagian badan dan kaki mangsa.
![Akibat salah faham, pergaduhan keluarga jadi besar Akibat salah faham, pergaduhan keluarga jadi besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51590219808_gaduh.jpg)
Akibat salah faham, pergaduhan keluarga jadi besar
Bermula dengan 10 lelaki yang bergaduh sesama ahli keluarga, melarat kepada 10 lelaki lain yang cuba meleraikan pergaduhan.
![Sudah curi kereta, mahu rempuh polis pula Sudah curi kereta, mahu rempuh polis pula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41576213934_TBLANGGAR.jpg)
Sudah curi kereta, mahu rempuh polis pula
Gara-gara cuba mengelak daripada ditahan polis, seorang lelaki ditembak di tangan selepas cuba merempuh anggota polis di Jalan Ipoh, Jinjang, di sini pada Khamis.
![Banjir kilat di Jalan Ipoh, lima kereta terperangkap Banjir kilat di Jalan Ipoh, lima kereta terperangkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/61359024914_295x200.jpg)
Banjir kilat di Jalan Ipoh, lima kereta terperangkap
Hujan lebat berterusan di ibu negara malam tadi telah mengakibatkan Jalan Ipoh berhadapan Bank Rakyat, Sentul di sini mengalami banjir kilat dan menyebabkan lima kereta terperangkap.
![Lelaki maut ditembak, lima cedera ketika makan di Jalan Ipoh Lelaki maut ditembak, lima cedera ketika makan di Jalan Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-10/71351599143_295x200.jpg)
Lelaki maut ditembak, lima cedera ketika makan di Jalan Ipoh
Seorang lelaki maut manakala lima rakannya cedera selepas ditembak dari jarak dekat di Jalan Ipoh di sini awal pagi ini.