Polis sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes culik seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia di Kampung Padang Balang, Sentul di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata kedua-dua suspek dipercayai menculik mangsa yang berumur setahun dua bulan itu ketika dia sedang bermain di hadapan rumahnya.
"Kedua-dua suspek yang menaiki motosikal membawa lari mangsa. Susulan itu, kakak mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Setapak pada 6.30 petang Jumaat.
"Mangsa kemudiannya ditemui dalam keadaan selamat setengah jam kemudian oleh polis bersama penduduk kampung di perhentian bas di Batu 4, Jalan Gombak di sini," katanya ketika dihubungi.
Katanya mangsa dipercayai ditinggalkan suspek setelah mengetahui polis sedang mengesan mereka.
Mangsa kemudian dibawa ke Balai Polis Setapak sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.
Bernama
Sat Oct 31 2015

Polis sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes culik seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia di Kampung Padang Balang, Sentul di sini petang tadi. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Polis buru dua lelaki berhubung kes culik kanak-kanak di Sentul
Polis sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes culik seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia di Kampung Padang Balang, Sentul di sini petang tadi.