KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) sudah menerima rayuan daripada tiga peniaga yang dikenakan kompaun RM50,000 atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), Ahad lepas.
Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin berkata tiga rayuan itu membabitkan peniaga burger, peniaga colek dan pekedai runcit.
"Kita setakat ini menerima rayuan daripada ketiga-tiga kes terbabit yang masing-masing dikenakan kompaun RM50,000 setiap seorang.
"Pejabat Kesihatan sedang dalam proses untuk mengemukakan fakta kes kepada Ibu Pejabat Kementerian Kementerian (KKM) di Putrajaya untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.
BACA: Jual burger depan tangga rumah, peniaga kecewa dikompaun RM50,000
BACA: Dikompaun RM50,000, peniaga colek akui tidak mungkin mampu bayar walau diberi pengurangan
Semalam, Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata pihaknya akan memanggil semua pemilik premis yang dikenakan kompaun termasuk seorang peniaga burger yang diberi notis kompaun RM50,000 sehingga tular di media sosial.
Shafien berkata tujuan memanggil pemilik-pemilik premis berkenaan ialah untuk menawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan di bawah Akta 342 dan peraturan di bawahnya.
Bernama
Wed Apr 28 2021

Dr Zaini berkata tiga rayuan itu membabitkan peniaga burger, peniaga colek dan pekedai runcit. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dua anggota polis disyaki peras peniaga burger ditahan
Dua anggota polis peronda yang disyaki melakukan pemerasan wang terhadap seorang peniaga burger sambilan telah ditahan.

Banjir: Demi kelangsungan hidup, peniaga burger teruskan perniagaan
Dia tiada pilihan selain meneruskan rutin hariannya itu memandangkan mempunyai tanggungan yang perlu disara di rumah.

Penguasa perlu ada budi bicara sebelum keluarkan kompaun - Mas Ermieyati
Anggota penguat kuasa disaran menggunakan budi bicara sebelum mengeluarkan kompaun dengan melihat faktor-faktor penyebab dan situasi semasa yang menyebabkan berlakunya pelanggaran SOP.

Tiga peniaga dikompaun RM50,000 sudah kemuka rayuan - JKNK
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) sudah menerima rayuan daripada tiga peniaga yang dikenakan kompaun RM50,000 atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), Ahad lepas.

KKM kaji pengurangan, pengecualian terhadap kes peniaga burger dikompaun RM50,000
Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat penilaian semula terhadap kes seorang peniaga burger di Kelantan yang dikompaun RM50,000, sama ada diberi pengurangan atau pengecualian.

Neelofa bantu bayar kompaun? 'Rasa mudah sikitlah' - Peniaga burger
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menerusi muat naik status Instagram Story beliau memaklumkan telah berhubung dengan peniaga burger itu menerusi peguamnya.

Kompaun peniaga RM50,000: Itu tidak sepatutnya berlaku - Ismail Sabri
KKM akan mengambil tindakan susulan berhubung isu kompaun RM50,000 yang dikenakan ke atas peniaga yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dikompaun RM50,000, peniaga colek akui tidak mungkin mampu bayar walau diberi pengurangan
Selepas kecoh seorang peniaga burger dikompaun RM50,000 pada Ahad malam di sini, seorang lagi peniaga colek di Kampung Chekok Tengah di sini, mendedahkan turut menerima nasib sama.

Bukan lagi RM50,000, nilai kompaun ke atas peniaga burger depan rumah diteliti semula - Polis
Polis juga akan memanggil pemilik premis yang dikenakan kompaun untuk menawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan yang ditetapkan di bawah Akta 342.

Jual burger depan tangga rumah, peniaga kecewa dikompaun RM50,000
Seorang penjual burger kecewa apabila dikompaun RM50,000 oleh pihak polis kerana kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan.