KOTA BHARU: Selepas kecoh peniaga burger dikompaun RM50,000 di sebuah kampung di sini, pada Ahad malam, seorang lagi peniaga colek di Kampung Chekok Tengah di sini, mendedahkan turut menerima nasib sama.
Mohd Azizi Mohd Nor, 42, yang berniaga di hadapan rumahnya pada sebelah malam pada bulan Ramadan dengan konsep bungkus dan bawa pulang, mendakwa didatangi beberapa anggota polis pada jam 11.20 malam Ahad.
Dakwanya, anggota terbabit kemudian terus mengeluarkan notis kompaun RM50,000 kerana didakwa beroperasi melebihi masa ditetapkan, menyebabkan dia dan isterinya, Nik Norwati Nik Loh, 38, terkejut.
"Saya terkejut... tak tahu nak kata apa melihat jumlah yang kami kena bayar. Berniaga di depan rumah ini pun bukan senang, nak dapat RM100 semalam pun susah kerana hanya berniaga kecil-kecilan di kawasan kampung.
"Dengan jumlah itu, memang kami tak mampu bayar... Kalau diberi pengurangan sehingga 80 peratus pun kami takkan mampu bayar," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini, pada Selasa.
BACA: Jual burger depan tangga rumah, peniaga kecewa dikompaun RM50,000
BACA: Bukan lagi RM50,000, nilai kompaun ke atas peniaga burger depan rumah diteliti semula - Polis
Menceritakan lanjut, Mohd Azizi mendakwa, dia dan isterinya sudahpun menutup kedai pada jam 10 malam, malah sebahagian lampu juga sudah dipadamkan sebelum ketibaan anggota polis terbabit.
Katanya, hanya lampu bahagian dapur belum dipadam kerana mereka sedang mengemas sambil dia menggoreng keropok untuk anak-anak yang belum tidur ketika itu.
Katanya, dia terpaksa membuka kedai pada waktu malam untuk mencari rezeki pada bulan Ramadan disebabkan tidak boleh berniaga menjual mi celup seperti biasa pada waktu siang.
"Inilah cara kami untuk mencari rezeki menyara hidup kami termasuk lima anak yang masih bersekolah, selain tiga anak saudara.
"Bila kena kompaun macam ini, memang kami agak kecewa kerana ini kali pertama saya dikenakan kompaun tetapi sudah terus kena RM50,000," katanya.
Katanya, dia dan isteri sudah mengemukakan rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah semalam, namun belum dimaklumkan jumlah pengurangan yang akan diberikan.
Kedua-dua mereka berharap ada pihak tampil membantu bagi menyelesaikan kompaun itu kelak.
Sebelum ini, media melaporkan seorang peniaga burger kecewa apabila dikompaun RM50,000 oleh pihak polis kerana kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan.
Dengan hanya berniaga di hadapan rumahnya Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, didatangi pihak polis ketika sedang menyiapkan pesanan pelanggannya kira-kira jam 11 malam.
Pada Selasa, Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat dilaporkan berkata, pihaknya akan meneliti kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk peniaga burger di sini, pada malam Ahad.
Muhafandi Muhamad
Tue Apr 27 2021
![Dikompaun RM50,000, peniaga colek akui tidak mungkin mampu bayar walau diberi pengurangan Dikompaun RM50,000, peniaga colek akui tidak mungkin mampu bayar walau diberi pengurangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619517594_Peniagacolek.jpg)
Mohd Azizi mendakwa, dia dan isterinya sudahpun menutup kedai pada jam 10 malam, malah sebahagian lampu juga sudah dipadamkan sebelum ketibaan anggota polis terbabit. - Gambar/ Astro AWANI
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Dua anggota polis disyaki peras peniaga burger ditahan Dua anggota polis disyaki peras peniaga burger ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Dua anggota polis disyaki peras peniaga burger ditahan
Dua anggota polis peronda yang disyaki melakukan pemerasan wang terhadap seorang peniaga burger sambilan telah ditahan.
![Banjir: Demi kelangsungan hidup, peniaga burger teruskan perniagaan Banjir: Demi kelangsungan hidup, peniaga burger teruskan perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677654853_MersingKotaTinggi.jpg)
Banjir: Demi kelangsungan hidup, peniaga burger teruskan perniagaan
Dia tiada pilihan selain meneruskan rutin hariannya itu memandangkan mempunyai tanggungan yang perlu disara di rumah.
![Penguasa perlu ada budi bicara sebelum keluarkan kompaun - Mas Ermieyati Penguasa perlu ada budi bicara sebelum keluarkan kompaun - Mas Ermieyati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617622596_masermieyati.jpg)
Penguasa perlu ada budi bicara sebelum keluarkan kompaun - Mas Ermieyati
Anggota penguat kuasa disaran menggunakan budi bicara sebelum mengeluarkan kompaun dengan melihat faktor-faktor penyebab dan situasi semasa yang menyebabkan berlakunya pelanggaran SOP.
![Tiga peniaga dikompaun RM50,000 sudah kemuka rayuan - JKNK Tiga peniaga dikompaun RM50,000 sudah kemuka rayuan - JKNK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41619607926_DATUKDRZAINIHUSSI.jpg)
Tiga peniaga dikompaun RM50,000 sudah kemuka rayuan - JKNK
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) sudah menerima rayuan daripada tiga peniaga yang dikenakan kompaun RM50,000 atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), Ahad lepas.
![KKM kaji pengurangan, pengecualian terhadap kes peniaga burger dikompaun RM50,000 KKM kaji pengurangan, pengecualian terhadap kes peniaga burger dikompaun RM50,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619528682_DatukSeriDrAdham.jpg)
KKM kaji pengurangan, pengecualian terhadap kes peniaga burger dikompaun RM50,000
Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat penilaian semula terhadap kes seorang peniaga burger di Kelantan yang dikompaun RM50,000, sama ada diberi pengurangan atau pengecualian.
![Neelofa bantu bayar kompaun? 'Rasa mudah sikitlah' - Peniaga burger Neelofa bantu bayar kompaun? 'Rasa mudah sikitlah' - Peniaga burger](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41619519464_abgburger.jpg)
Neelofa bantu bayar kompaun? 'Rasa mudah sikitlah' - Peniaga burger
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menerusi muat naik status Instagram Story beliau memaklumkan telah berhubung dengan peniaga burger itu menerusi peguamnya.
![Kompaun peniaga RM50,000: Itu tidak sepatutnya berlaku - Ismail Sabri Kompaun peniaga RM50,000: Itu tidak sepatutnya berlaku - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619520577_bazar.jpg)
Kompaun peniaga RM50,000: Itu tidak sepatutnya berlaku - Ismail Sabri
KKM akan mengambil tindakan susulan berhubung isu kompaun RM50,000 yang dikenakan ke atas peniaga yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
![Dikompaun RM50,000, peniaga colek akui tidak mungkin mampu bayar walau diberi pengurangan Dikompaun RM50,000, peniaga colek akui tidak mungkin mampu bayar walau diberi pengurangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619517594_Peniagacolek.jpg)
Dikompaun RM50,000, peniaga colek akui tidak mungkin mampu bayar walau diberi pengurangan
Selepas kecoh seorang peniaga burger dikompaun RM50,000 pada Ahad malam di sini, seorang lagi peniaga colek di Kampung Chekok Tengah di sini, mendedahkan turut menerima nasib sama.
![Bukan lagi RM50,000, nilai kompaun ke atas peniaga burger depan rumah diteliti semula - Polis Bukan lagi RM50,000, nilai kompaun ke atas peniaga burger depan rumah diteliti semula - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41619451047_bazar.jpg)
Bukan lagi RM50,000, nilai kompaun ke atas peniaga burger depan rumah diteliti semula - Polis
Polis juga akan memanggil pemilik premis yang dikenakan kompaun untuk menawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan yang ditetapkan di bawah Akta 342.
![Jual burger depan tangga rumah, peniaga kecewa dikompaun RM50,000 Jual burger depan tangga rumah, peniaga kecewa dikompaun RM50,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41619448383_bazar.jpg)
Jual burger depan tangga rumah, peniaga kecewa dikompaun RM50,000
Seorang penjual burger kecewa apabila dikompaun RM50,000 oleh pihak polis kerana kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan.