Tiga lelaki termasuk dua kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap pertuduhan menerima rasuah bagi mengeluarkan surat dan kad nikah palsu di antara Mei hingga Jun lepas.
Mohd Yazuan Yatim, 31, dan Mohd Raduwan Abu Bakar, 43, yang bertugas sebagai pembantu operasi JHEAT serta Eirman Yusdie Ahmad Hanafiah, 34, yang bekerja sendiri berdepan pertuduhan rasuah iaitu menerima suatu suapan wang tunai bernilai RM1,500 dan RM2,000 sebagai dorongan untuk mendapatkan surat perakuan nikah dan kad nikah melalui prosedur tidak sah.
Bagi pertuduhan kedua, Mohd Yazuan dan Mohd Raduwan secara rasuah menerima suapan wang tunai RM1,300 dan RM1,000 sebagai upah untuk menyerahkan kesemua dokumen tidak sah itu.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Bagi Eirman Yusdie, yang menghadapi tiga pertuduhan, dia didakwa menerima suapan wang tunai RM900 sebagai dorongan untuk menyediakan surat dan kad nikah diikuti RM1,300 sebagai upah melakukan perbuatan itu di samping memalsukan rekod perkahwinan di antara Mohd Nizam Adam dengan Nurzara Sofea Hafiz.
Dia memalsukan rekod perkahwinan itu seolah-olah surat dan kad nikah pasangan itu dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang.
Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz kemudian membenarkan Mohd Yazuan dan Mohd Raduwan diikat jamin RM5,000 dan RM7,000 manakala Eirman Yusdie RM10,000 dengan seorang penjamin.
Beliau menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 15 Nov ini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Amer Abu Bakar Abdullah. -- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2016
![Tiga lelaki termasuk dua kakitangan JHEAT dituduh palsukan surat nikah Tiga lelaki termasuk dua kakitangan JHEAT dituduh palsukan surat nikah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51477469449_penjawatawam.jpg)
Tiga penjawat awam termasuk petugas JHEAT hari ini didakwa oleh SPRM di Mahkamah Sesyen kerana mengeluarkan Sijil Nikah dan Kad Akuan Pernikahan palsu kepada pasangan yang berkahwin di Thailand. -- fotoBERNAMA
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![JHEAT nasihat 'duda sado' usah tayang badan ketika jual durian JHEAT nasihat 'duda sado' usah tayang badan ketika jual durian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686124830_TBDURIAN.jpg)
JHEAT nasihat 'duda sado' usah tayang badan ketika jual durian
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihatkan seorang lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju ketika menjual durian supaya tidak lagi mempamerkan bentuk badannya.
![Viral wanita air buah: JHEAT lengkapkan siasatan Viral wanita air buah: JHEAT lengkapkan siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657173800_AWEKSEKSITAHAN.jpg)
Viral wanita air buah: JHEAT lengkapkan siasatan
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu siasat wanita penjual air buah akibat berkelakuan dan berpakaian tidak senonoh.
![Bapa ayam sanggup lacur isteri sendiri, 'jual' khidmat di WeChat Bapa ayam sanggup lacur isteri sendiri, 'jual' khidmat di WeChat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81573640603_TBBAPAYAM.jpg)
Bapa ayam sanggup lacur isteri sendiri, 'jual' khidmat di WeChat
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melacurkan serta menjadi bapa ayam kepada isterinya ketika dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, di sini pada Rabu.
![Sekali lagi kena cekup berkhalwat Sekali lagi kena cekup berkhalwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51526906806_Khalwat.jpg)
Sekali lagi kena cekup berkhalwat
Lelaki itu yang berusia 30 tahun dan pasangannya seorang janda berusia 32 tahun, ditahan pasukan penguat kuasa yang melakukan serbuan di sebuah rumah.
![Terengganu jadikan abu Al-Quran kiub sebelum dilupus di laut Terengganu jadikan abu Al-Quran kiub sebelum dilupus di laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71480237531_lupusAlQuranKua.jpg)
Terengganu jadikan abu Al-Quran kiub sebelum dilupus di laut
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kini menjadikan abu al-Quran yang dibakar dalam bentuk kiub sebelum dilupuskan ke dalam laut.
![Tiga lelaki termasuk dua kakitangan JHEAT dituduh palsukan surat nikah Tiga lelaki termasuk dua kakitangan JHEAT dituduh palsukan surat nikah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51477469449_penjawatawam.jpg)
Tiga lelaki termasuk dua kakitangan JHEAT dituduh palsukan surat nikah
Mereka berdepan pertuduhan rasuah iaitu menerima suatu suapan wang tunai bernilai RM1,500 dan RM2,000 sebagai dorongan untuk mendapatkan surat perakuan nikah dan kad nikah melalui prosedur tidak sah.