Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mencipta inovasi baharu bagi pelaksanaan program pelupusan Al-Quran dengan memampatkan Abu Al-Quran dalam bentuk kiub.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata langkah berkenaan bertujuan memudahkan proses penyimpanan abu dan pelupusannya yang lebih mesra alam serta patuh syariah .
Menurut Ghazali, inovasi yang mula diperkenalkan JHEAT sejak Mac lalu berjaya mengatasi kesukaran memindahkan abu Al- Quran ke kapal dan proses pembuangan abu ke laut.
“Kita dapati pada peringkat pertama kedua dan ketiga kaedah yang kita gunakan dalam bentuk pembuangan secara abu atau debu dan ada beberapa kesulitan kerana apabila berhadapan dengan tiupan angin dia menyebabkan berlakunya ketidaksempurnaan daripada operasinya.
“Jadi inovasi baru ini kita cuba bentuk dalam bentuk kiub yang lebih mudah yang lebih selamat dan ini merupakan satu kaedah yang terbaik yang akan kita laksanakan pada kali yang keenam ini," katanya selepas Program Pelupusan Abu Al-Quran di kawasan perairan tujuh batu nautika dari pantai Kuala Terengganu.
Pada program berkenaan, sebanyak 118 kiub abu Al- Quran dilupuskan hasil pembakaran 1,400 kilogram Al- Quran yang rosak.
Hasil inovasi berkenaan, pihaknya juga bersedia menerima lebih banyak permohonan termasuk dari selatan Thailand untuk membantu mereka melupuskan Al-Quran ia akan dikenakan kos yang berpatutan.
Menurut Ghazali, JHEAT juga bersedia melupuskan Al-Quran yang terdapat kesalahan dari segi percetakan dan penulisan serta Al-Quran yang tidak mempunyai kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al- Quran (LPPPQ).
Sharom Abu Bakar
Sun Nov 27 2016
Kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melupuskan kiub abu Al-Quran ke laut pada program pelupusan abu Al-Quran ke laut hari ini. - Foto Bernama
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
JHEAT nasihat 'duda sado' usah tayang badan ketika jual durian
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihatkan seorang lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju ketika menjual durian supaya tidak lagi mempamerkan bentuk badannya.
Viral wanita air buah: JHEAT lengkapkan siasatan
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu siasat wanita penjual air buah akibat berkelakuan dan berpakaian tidak senonoh.
Bapa ayam sanggup lacur isteri sendiri, 'jual' khidmat di WeChat
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melacurkan serta menjadi bapa ayam kepada isterinya ketika dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, di sini pada Rabu.
Sekali lagi kena cekup berkhalwat
Lelaki itu yang berusia 30 tahun dan pasangannya seorang janda berusia 32 tahun, ditahan pasukan penguat kuasa yang melakukan serbuan di sebuah rumah.
Terengganu jadikan abu Al-Quran kiub sebelum dilupus di laut
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kini menjadikan abu al-Quran yang dibakar dalam bentuk kiub sebelum dilupuskan ke dalam laut.
Tiga lelaki termasuk dua kakitangan JHEAT dituduh palsukan surat nikah
Mereka berdepan pertuduhan rasuah iaitu menerima suatu suapan wang tunai bernilai RM1,500 dan RM2,000 sebagai dorongan untuk mendapatkan surat perakuan nikah dan kad nikah melalui prosedur tidak sah.