KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihatkan seorang lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju ketika menjual durian supaya tidak lagi mempamerkan bentuk badannya di khalayak awam.
Ketua Penolong Pesuruhjaya Kanan (Bahagian Dakwah) JHEAT, Zahari Sulong berkata, ia bertujuan menjaga diri sendiri daripada fitnah sekali gus mendapatkan keberkatan dalam urusan perniagaan.
"JHEAT berpandangan apa yang ditularkan itu (video) tidak sepatutnya berlaku bukan sahaja di negeri Terengganu bahkan di seluruh tempat kerana ia mengundang kepada fitnah.
"Netizen-netizen dan orang ramai akan bercakap mengenai perkara tersebut yang tidak elok walaupun beliau tutup aurat, tetapi bila berdepan (berada) di tempat orang awam tak sepatutnya lah dia menunjukkan badan seperti itu.
"Betul lah kalau dia kata dah tutup aurat dengan memakai seluar, tetapi sepatutnya semua kita kena jaga. Kena tutup aurat 'comel', 'molek' sebab kita mahu jaga imej dan maruah diri sendiri. Daripada situ, Insya-Allah, akan ada limpahan rezeki kepada setiap orang ang mencari rezeki halal," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, pada Rabu.
Jelas beliau, setakat ini JHEAT mengambil pendekatan memberikan nasihat dan belum mengambil sebarang tindakan tegas berhubung perkara itu.
"Kita ada peraturan berkenaan perbuatan mendedahkan tubuh di tempat awam iaitu di bawah Seksyen 35, Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu," katanya.
Berdasarkan enakmen tersebut, mana-mana orang yang mendedahkan mana-mana bahagian tubuhnya yang pada pandangan umum menimbulkan ghairah di mana-mana tempat awam adalah melakukan kesalahan.
Apabila disabitkan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Sebelum ini, tular di media sosial rakaman video dan gambar seorang lelaki berbadan sasa yang dikatakan seorang duda anak tiga tidak berbaju ketika menjual durian di Kampung Baru, Seberang Takir di Jambatan Angkat di sini.
Video yang dikongsikan di aplikasi TikTok dan Instagram lelaki itu mendapat jumlah tontonan yang tinggi sehingga mencecah ratusan ribu tontonan.
Difahamkan, lelaki berstatus duda anak tiga itu merupakan ahli bina badan dan pernah bergelar Mr Body Cantik selama tiga tahun berturut-turut sejak 2017. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 07 2023

Difahamkan, lelaki berstatus duda anak tiga itu merupakan ahli bina badan dan pernah bergelar Mr Body Cantik selama tiga tahun berturut-turut sejak 2017. - Foto Sinar Harian

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

JHEAT nasihat 'duda sado' usah tayang badan ketika jual durian
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihatkan seorang lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju ketika menjual durian supaya tidak lagi mempamerkan bentuk badannya.