Tiga aktivis Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang sedang dalam misi kemanusiaan membantu masyarakat Rohingya di wilayah Rakhine di barat Myanmar dipercayai ditahan oleh pihak berkuasa negara itu pada Khamis.
Berita penahanan itu mula tersebar melalui beberapa mesej di Twitter awal hari ini.
Jurucakap MAPIM yang dihubungi oleh Astro AWANI awal hari ini mengesahkan maklumat itu namun enggan mendedahkan identiti mereka yang ditahan.
"Kita masih berunding dengan pihak keselamatan di Myanmar (untuk membebaskan tiga aktivis itu)," kata jurucakap berkenaan.
Sementara itu, Wisma Putra telah mengesahkan ketiga-tiga semua selamat dan akan dibawa keluar ke Yangon.
Tiga aktivis itu dipercayai berada di sebuah kem pelarian di Sittwe dan dilaporkan dikepung oleh kumpulan ekstremis beragama Buddha sebelum ditahan pihak oleh pihak berkuasa.
Keganasan agama mula meletus di barat Rakhine sejak 2012, apabila beratus-ratus orang maut dalam pertempuran antara penduduk Buddha dan Islam yang menyebabkan kira-kira 140,000 lagi, terutama minoriti Islam terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.
Rusuhan akibat pertemburan antara Rohingya dan Rakhine menyebabkan penduduk Islam menjadi sasaran termasuk Kaman, etnik berbeza dari Rohingya.
Dianggarkan lima peratus daripada 60 juta penduduk Myanmar beragama Islam.
Menurut laporan sebelum ini, kerajaan Myanmar bersama sami Buddha melakukan penghapusan etnik Rohingya selepas 125,000 penduduk Islam terpaksa lari dari rumah di Rakhine dan kubur mangsa yang dibunuh beramai-ramai ditemui.
Dakwaan itu dibuat pertubuhan hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) yang melaporkan bahawa penduduk Rohingya yang tidak diiktiraf sebagai rakyat Myanmar berhadapan dengan jenayah kemanusiaan termasuk pembunuhan, penindasan, pengusiran dan dipaksa berpindah.
Selain itu, 180 orang mati dalam dua keganasan etnik di Rakhine sejak Jun 2012, kata angka rasmi tetapi HRW percaya angka sebenar mungkin lebih tinggi.
Dalam laporan berdasarkan 100 temu bual, HRW mendapat bukti empat kawasan kubur besar di Rakhine dan menuduh pasukan keselamatan memusnahkan bukti pembunuhan.
Astro Awani
Fri Feb 21 2014
![Tiga aktivis Mapim gagal dikesan di Myanmar Tiga aktivis Mapim gagal dikesan di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/51392973108_295x200.jpg)
![KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.
![Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739360562_tbwanitamautkemal.jpg)
Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan
Pekerja kilang tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya empat maut, letupan pusat beli-belah di Taiwan
Sekurang-kurangnya empat orang disahkan maut dalam satu insiden letupan di sebuah pusat beli-belah di Taiwan.
![Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429889_MAJLISPENYERAHANBI.jpg)
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.
![Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000 Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739431283_NursyafiqahHermansh.jpg)
Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000
Nursyafiqah Hermanshah, 27, didakwa menipu Afreena Suhaimi, 33, sehingga mendorong mangsa membayar wang berjumlah RM105,380 kepada tertuduh melalui 26 transaksi ke lima akaun berbeza.
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
![Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429986_tbFahmiFadzilDewan.jpg)
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
AWANI Ringkas: PPR: RM185 juta diperuntuk baik pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739427948_tbAnwarIbrahimmel.jpg)
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.
![4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan 4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739429620_TBTaiwanExplosion.jpg)
4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
![Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737558279_GazaPalestineHam.jpg)
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
![ASEAN perlu bertindak segera tangani krisis kemanusiaan di Myanmar - MAPIM ASEAN perlu bertindak segera tangani krisis kemanusiaan di Myanmar - MAPIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722416747_TBMohdAzmi.jpg)
ASEAN perlu bertindak segera tangani krisis kemanusiaan di Myanmar - MAPIM
MAPIM menggesa ASEAN bertindak pantas memastikan kestabilan serantau dan memberikan bantuan kemanusiaan, kerana ia tidak boleh dipandang remeh.
![12 kontena bantuan MAPIM berjaya memasuki Gaza 12 kontena bantuan MAPIM berjaya memasuki Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735138483_bantuangazamalay.jpg)
12 kontena bantuan MAPIM berjaya memasuki Gaza
Fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala MAPIM sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
![Misi Jelajah Peduli Ummah santuni 40,000 individu Misi Jelajah Peduli Ummah santuni 40,000 individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731880060_JelajahPeduliUmmah.jpg)
Misi Jelajah Peduli Ummah santuni 40,000 individu
Ia sekali gus menjadikan program itu berada pada tahap yang baik dalam mencapai sasaran untuk menyantuni 100,000 individu.
![Setahun genosid Gaza: MAPIM seru rakyat Malaysia tunjuk perasaan 11 Okt ini Setahun genosid Gaza: MAPIM seru rakyat Malaysia tunjuk perasaan 11 Okt ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728289613_Israeliairstrikes.jpg)
Setahun genosid Gaza: MAPIM seru rakyat Malaysia tunjuk perasaan 11 Okt ini
Selepas 365 hari genosid berlangsung kejam dan biadab di Gaza, kutukan tidak akan menghalang atau menghentikan kezaliman Israel.
![MAPIM seru sokongan rentas politik pulih, lonjak ekonomi MAPIM seru sokongan rentas politik pulih, lonjak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722416747_TBMohdAzmi.jpg)
MAPIM seru sokongan rentas politik pulih, lonjak ekonomi
MAPIM menggesa semua pihak tanpa mengira ideologi politik supaya menyokong usaha Kerajaan MADANI memulih dan mengukuhkan ekonomi negara dalam situasi nilai ringgit yang kian mengukuh.
![MAPIM saran NGO turut dilibatkan untuk bantu pesakit rakyat Palestin MAPIM saran NGO turut dilibatkan untuk bantu pesakit rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724018988_orangawamPalestin.jpg)
MAPIM saran NGO turut dilibatkan untuk bantu pesakit rakyat Palestin
MAPIM mencadangkan agar organisasi NGO di negara ini turut dilibatkan dalam usaha membantu pesakit dari Gaza yang dibawa ke Malaysia.
![Pembunuhan pemimpin Hamas tidak mengurangkan semangat pejuang - MAPIM Pembunuhan pemimpin Hamas tidak mengurangkan semangat pejuang - MAPIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722416747_TBMohdAzmi.jpg)
Pembunuhan pemimpin Hamas tidak mengurangkan semangat pejuang - MAPIM
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yakin pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di Tehran, Iran tidak akan mengurangkan semangat juang pejuang Hamas.
![Jurutera projek MAPIM di Gaza maut susulan serangan udara Israel Jurutera projek MAPIM di Gaza maut susulan serangan udara Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720851916_MAPIMHishamMansou.jpg)
Jurutera projek MAPIM di Gaza maut susulan serangan udara Israel
Menurut Sani Araby, Allahyarham yang juga pegawai lapangan penting MAPIM terkorban syahid di Gaza.
![Kuat kuasa undang-undang antarabangsa jika Israel tidak setuju gencatan senjata diterima Hamas – MAPIM Kuat kuasa undang-undang antarabangsa jika Israel tidak setuju gencatan senjata diterima Hamas – MAPIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708032496_MohdAzmiAbdulHami.jpg)
Kuat kuasa undang-undang antarabangsa jika Israel tidak setuju gencatan senjata diterima Hamas – MAPIM
Mohd Azmi berkata, Israel perlu faham bahawa persetujuan Hamas memberi indikator bahawa rejim Zionis tidak boleh meneruskan operasinya.