Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 22 tahun direman tiga hari untuk membantu siasatan kes kemalangan yang menyebabkan isterinya, Nur Erdiyanah Samsul Maarif, 27, maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin.
- Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Dr Teoh Syu Yee di Mahkamah Majistret Alor Gajah mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
- Menurut polis, sebelum kemalangan, mangsa dipercayai bertengkar dengan suaminya dan suaminya mengikutnya dari belakang ketika dalam perjalanan pulang.
- Mangsa kemudian memecut motosikal sebelum terbabas dan melanggar tembok batu, menyebabkan kematian di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 22 tahun itu yang dikeluarkan oleh Majistret Dr Teoh Syu Yee di Mahkamah Majistret Alor Gajah dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah malam semalam, motosikal ditunggang Nur Erdiyanah Samsul Maarif, 27, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke arah kanan jalan dan melanggar tembok batu.
Pekerja kilang tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Menurut Polis, terdapat maklumat mengatakan sebelum kemalangan itu mangsa dipercayai bertengkar dengan suaminya yang bekerja sebagai penghantar barang dan ketika dalam perjalanan pulang, suami mangsa dipercayai mengikutnya dari belakang namun wanita itu kemudian memecut motosikal sebelum terbabas.
-- BERNAMA