Ringkasan AI
- Letupan besar di pusat membeli-belah Shin Kong Mitsukoshi di Taichung, Taiwan, menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang meninggal dunia dan 10 yang lain cedera.
- Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
- Misi penyelamatan sedang dijalankan dengan 62 anggota bomba dan 27 trak bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.
Kejadian turut menyebabkan sekurang-kurangnya 10 yang lain cedera, lapor media tempatan yang memetik kenyataan Datuk Bandar Taichung, Lu Shiow-yen.
Letupan berlaku sekitar jam 11.30 pagi di Shin Kong Mitsukoshi Department Store, sebuah pusat membeli-belah mewah di Taiwan, menurut Agensi Berita Pusat Taiwan.
Saksi berkata empat mangsa itu dilihat terpelanting dari tingkat 12 pusat beli-belah tersebut, menurut laporan itu lagi.
Jabatan bomba Taichung berkata insiden sekitar jam 11.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
Misi menyelamat sedang dijalankan dan sekurang-kurangnya 62 anggota bomba dan 27 trak bomba telah dikerah ke lokasi.
BERITA LANJUT MENYUSUL
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)