Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menegaskan tiada sebarang catuan air berlaku di negeri itu, sebaliknya hanya gangguan bekalan sementara.
Katanya, ini kerana bekalan air di dua empangan masih mencukupi untuk kegunaan penduduk negeri itu dalam tempoh lebih sebulan lagi.
Beliau dalam kenyataan pada Ahad berkata, ketika ini, bekalan air di Empangan Jus berada pada tahap 45 peratus iaitu 19, 975 juta liter, manakala Empangan Durian Tunggal pula 25 peratus iaitu sebanyak 7, 270 liter.
Berdasarkan jumlah itu jelasnya, bekalan air yang ada mampu bertahan lebih sebulan lagi memandangkan kadar penggunaan air sekitar 600 juta liter sehari.
Bagaimanapun, katanya ketika ini empangan-empangan dan kolam-kolam tadahan hanya boleh mengeluarkan 550 juta liter sehari disebabkan tekanan air yang rendah menyebabkan ada kekurangan 50 juta liter sehari.
Beliau yang baru tiba ke tanah air pada petang tadi selepas mengadakan lawatan kerja ke Itali sejak 8 September lalu turut berkata, paras kritikal sumber air bergantung kepada jumlah bekalan air semasa dan tiada keperluan untuk mengaktifkan pelan catuan air di negeri itu.
BACA: Gangguan bekalan air di Melaka, ribuan penduduk terjejas
Justeru, beliau menyeru penduduk di negeri Melaka untuk menggunakan air secara berhemah agar situasi tekanan air yang rendah sehingga menyebabkan bekalan air terputus disesetengah kawasan tidak berlarutan.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan, ribuan penduduk di ketiga-tiga daerah di negeri melaka menahan derita selepas berlaku gangguan air di negeri itu sejak Selasa lalu.
Menurut laman web rasmi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Melaka sedang mengalami purata hujan yang rendah dan mengakibatkan paras air di kawasan empangan, kolam tadahan serta Sungai Melaka berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.
Adly dalam kenyataannya semalam turut berkata, SAMB sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan sumber air terutamanya dari Johor selain turut menjalankan proses memindahkan air mentah dari Empangan Ayer Keroh, Lombong Kesang Pajak (Jasin), Kolam Tebat Banjir JPS (Durian Tunggal), Loji Air Gadek (Alor Gajah), dan Kolam Takungan Gangsa, (Durian Tunggal) sebagai alternatif.
Selain itu, kawasan yang terjejas akan dibantu bekalan air bersih melalui 16 buah lori tangki SAMB serta lori tangki tambahan dari luar termasuk Ranhill SAJ (Johor), Syarikat Air Selangor (AIS), dan Lembaga Air Perak (LAP).
Katanya, pihak samb sedang berusaha untuk menstabilkan semula kolam yang terjejas dan akan memastikan bekalan air sampai ke setiap premis pengguna.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Sep 15 2019
![Tiada sebarang catuan, hanya gangguan bekalan air di Melaka Tiada sebarang catuan, hanya gangguan bekalan air di Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/61568470189_empanganair.jpg)
Menurut Adly, air di dua empangan masih mencukupi untuk kegunaan penduduk negeri itu dalam tempoh lebih sebulan lagi. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![Perolehan pesawat Hornet diputuskan selepas laporan teknikal diterima - Adly Perolehan pesawat Hornet diputuskan selepas laporan teknikal diterima - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720263519_AdlyZahari.jpg)
Perolehan pesawat Hornet diputuskan selepas laporan teknikal diterima - Adly
Perolehan pesawat tempur Hornet akan diputuskan selepas Kementerian Pertahanan memperoleh laporan lengkap daripada pasukan teknikal TUDM.
![Pembangunan rumah keluarga sasar tampung 60 peratus anggota tentera - Adly Pembangunan rumah keluarga sasar tampung 60 peratus anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718623565_AnggotaTenteraDara.jpg)
Pembangunan rumah keluarga sasar tampung 60 peratus anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan menyasarkan pembangunan rumah keluarga angkatan tentera dapat menampung hingga 60 peratus daripada keseluruhan lebih 100,000 anggota.
![Lebih 28,000 veteran ATM tidak berpencen terima Bantuan Sara Hidup Lebih 28,000 veteran ATM tidak berpencen terima Bantuan Sara Hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716279475_AdlyZahari.jpg)
Lebih 28,000 veteran ATM tidak berpencen terima Bantuan Sara Hidup
Sebanyak 28,828 daripada 41,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen di seluruh negara sudah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berjumlah RM300 sebulan, setakat 30 April lepas.
![LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686976670_TBLima.jpg)
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
![Kerajaan sedang lengkapkan kertas dasar perkukuh industri pertahanan negara Kerajaan sedang lengkapkan kertas dasar perkukuh industri pertahanan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Kerajaan sedang lengkapkan kertas dasar perkukuh industri pertahanan negara
Kementerian Pertahanan sedang melengkapkan kertas dasar bagi memperkukuhkan industri pertahanan negara.
![Modul PLKN 3.0 dirangka sesuai umur peserta Modul PLKN 3.0 dirangka sesuai umur peserta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710826627_AdlyZahari.jpg)
Modul PLKN 3.0 dirangka sesuai umur peserta
PLKN 3.0 dijangka melibatkan pelajar sekolah menengah dan belia termasuk penuntut institusi pengajian tinggi.
![Cuaca panas: ATM sedia kerjasama laksana operasi pembenihan awan - Adly Cuaca panas: ATM sedia kerjasama laksana operasi pembenihan awan - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711250465_TBOPERASIPEMBENIHAN.jpg)
Cuaca panas: ATM sedia kerjasama laksana operasi pembenihan awan - Adly
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia memberikan kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk melaksanakan operasi pembenihan awan.
![Mindef laksana enam projek pembangunan di pantai barat Sabah, Labuan Mindef laksana enam projek pembangunan di pantai barat Sabah, Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706352272_AdlyZahari.jpg)
Mindef laksana enam projek pembangunan di pantai barat Sabah, Labuan
Kementerian Pertahanan melaksanakan enam projek pembangunan di kem tentera yang terletak di sepanjang pantai barat Sabah dan Labuan.