KUALA LUMPUR: Peperangan berlarutan di Ukraine menjadi antara punca kelewatan perolehan perkhidmatan sewaan helikopter jenis UH-60A Black Hawk, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.
Beliau berkata perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
"Proses kelulusan pihak pengawal selia Amerika Syarikat juga telah diperketatkan bagi pemodenan spesifikasi teknikal dan intergrasi sistem avionik ke atas pesawat Black Hawk UH-60A.
"Garis masa program kerja dan jangkaan penghantaran pesawat berkenaan ke Malaysia telah disemak semula dan diperbaharui pihak Slovak Training Academy dan semua yang terlibat berdasarkan kondisi rantaian bekalan terkini serta jangkaan masa kelulusan pihak pengawal selia Amerika Syarikat," katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) mengenai punca kegagalan syarikat Aerotree Defence and Services membekalkan UH-60A kepada Tentera Darat Malaysia mengikut waktu ditetapkan dan tindakan susulan kementerian pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Adly berkata syarikat berkenaan dipertanggungjawabkan menghantar dua helikopter pada 30 Okt 2023 dan dua buah lagi pada 30 Dis 2023.
Beliau berkata Kementerian Pertahanan memandang serius kelewatan itu kerana ia memberi impak terhadap pengoperasian helikopter Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) seperti yang digariskan dalam kontrak.
"Seterusnya, (jika) berlaku sebarang kelewatan dalam penghantaran helikopter ini, kerajaan telah mengambil langkah melalui kontrak ini, akan mengenakan denda lewat ke atas kelewatan yang disebabkan oleh syarikat.
"Namun demikian, sekiranya syarikat masih gagal membuat penghantaran mengikut tarikh ditetapkan, kementerian juga boleh membatalkan perolehan ini dan menender semula sebagaimana disyaratkan kontrak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

Adly berkata syarikat berkenaan dipertanggungjawabkan menghantar dua helikopter pada 30 Okt 2023 dan dua buah lagi pada 30 Dis 2023. -Gambar fail/Bernama
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Penghantaran pulang warga Palestin masih dalam perbincangan dengan Mesir - Adly
Setakat ini belum ada kata putus mengenai penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang sebelum ini dibawa ke Malaysia untuk rawatan.

Kerajaan komited pastikan veteran ATM punya kerjaya kedua
Usaha ke arah itu antaranya akan digerakkan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia melalui Program Veteran MyWIRA.

Kebajikan, pendidikan anak veteran tentera akan terus terbela - Adly
Kerajaan memahami keadaan mereka yang tidak mampu lagi bekerja selepas bersara bagi menampung perbelanjaan keluarga.

116 pelatih PLKN 3.0 berjaya tamat latihan hari ini, modul latihan diterima baik - Adly
Sebanyak 116 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 siri pertama berjaya menamatkan latihan selama 45 hari hari ini.

Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.

Mindef tidak bercadang perkenal model elaun kepada PLKN 3.0
Mindef tidak bercadang untuk memperkenalkan model elaun kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dijadual bermula 12 Jan depan.

Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.

Insiden buli UPNM: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar
Kementerian Pertahanan mengambil beberapa langkah dan peraturan dalam usaha membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pelajar UPNM berulang.

PLKN 3.0 dilaksana bermula Januari 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan.

Situasi di Laut China Selatan selamat dan terkawal - Adly
Walaupun kehadiran kapal China di perairan negara mencetuskan polemik, namun sehingga hari ini mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti dilakukan kepada negara lain.