Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai berkata laluan tersebut masih terhalang akibat kemalangan berkenaan dan menasihatkan pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif buat sementara waktu.
"Kemalangan ini hanya melibatkan kerosakan tanpa sebarang kecederaan. Jalan dari arah Maran menuju ke Kuantan terpaksa ditutup sementara waktu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata proses pengalihan lori kontena yang terbalik sedang giat dijalankan.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati, dan laluan tersebut akan dibuka semula sebaik sahaja kerja-kerja pengalihan selesai.
-- BERNAMA